Thursday, December 30, 2010

bab 15 suratan atau kebetulan


Sudah empat hari aku berada di johor.Hembusan angin yang sepoi-sepoi di tempat aku menginap membuatkan aku sentiasa diulit rindu.Rindu yang tak mampu untuk aku ucapkan.Setiap jam yang berlalu membuatkan aku teringat darwish dan membuahkan bibit-bibit rindu dalam hatiku.Mungkin rasa ini hanya aku yang rasakan.Namun aku tetap menyimpan rindu ini dalam lubuk hatiku.Keindahan malam itu juga membuatkan aku kembali mengingati detik-detik bersama teman-temanku.Kenangan yang terindah yang pernah ada dalam hidupku adalah ketika bersama-sama ical dulu.Ianya tetap tersimpan teguh meskipun aku dan ical sudah tidak sperti dulu lagi.Aku sudah memaafkan ical dengan apa yang telah dia lakukan kepadaku.Aku akan selalu berdoa agar dia bahagia dengan hidupnya.Deringan telefon akhirnya mematikan seluruh lamunanku,.
“eris,saya tunggu awak kat restoran bawah.”suara hafizi jelas kedengaran di hujung talian.
“baik encik hafizi.Kejap lagi saya turun.”jawabku.
“okey.”hafizi memutuskan talian.

Lima belas minit kemudian,aku turun ke restoran seperti yang diminta oleh encik hafizi.Dia sudah menungguku agak lama disitu.
“encik fizi,maaf saya lama sikit.”ujarkan setelah menghampirinya.
“eh tak pe.Saya baru je turun.Duduk lah eris.”pelawanya.Aku sekadar mengangguk dan mengambil tempat di hadapannya.Suasana di restoran itu juga sangat indah.Cuaca yang sangat dingin itu terasa hingga ke tulang.
“awak nak makan apa eris?”soalnya.
“ikut encik fizi je lah.”
“okey,saya nak pesan dua chicken chop n dua jus oren.”ujar hafizi kepada pelayan restoran itu.
“eris,esok kita balik ke kuala lumpur.”kata-kata hafizi menghairankan aku.
“bukan ke kita kena tinggal lima hari kat sini?”soalku aneh.Sepatutnya kami akan berada disini lima hari.
“memang sepatutnya macam tu eris.Tapi saya tahu awak mesti tak sanggup kan tinggal disini meskipun untuk sehari lagi.”ujar hafizi.
“maksud encik?”soalku meminta kepastian.
“eris,sekarang saya sebagai sahabat awak.Bukan sebagai bos.jadi anggap saya mcam kawan awak yang lain.Saya tahu awak tak sanggup untuk ikut saya ke sini kan?”aku terdiam mendengar pertanyaan dia.
“eris,saya perhatikan semenjak awak berada disini,awak banyak termenung.Awak rindukan seseorang di kuala lumpur.”muka menjadi panas tiba-tiba mendengar soalan hafizi.
“saya tak rindukan sesiapa lah encik.Saya jugak  ikut encik sebab saya memang harus jalankan tugas saya kan?”aku mempunyai kekuatan untuk bersuara.
“bukan itu yang saya nak dengar dari awak.Tapi pengakuan jujur.Jangan kerana ego,awak malu nak luahkannya pada saya.”desak hafizi.
“saya kurang faham dengan apa yang cuba encik fizi sampaikan.”
“okey,saya berterus terang.Awak sukakan aiman  kan?”berderau darahku mendengar soalannya.Muka ku menjadi hangat tiba-tiba.Terlalu berterus terang!
“apa yang encik fizi cakap ni?”aku masih ingin berbohong padahal itu lah kebenaran yang terpaksa aku hadapi sekarang.
“jangan bohong saya.Dan tolong jangan bohong diri awak sendiri.Mengaku je eris.Anggap je saya macam kawan awak yang boleh awak luahkan semuanya.”
“saya akui encik.Saya memang rindukan dia semenjak beberapa hari ni.Saya tak faham apa erti perasaan ini.Kalau boleh,saya nak buang semua ni jauh-jauh.”akhirnya aku berani meluahkan semuanya.
“eris,kenapa awak nak buang perasaan tu?”soalnya.
“sebab saya tahu,saya tak mungkin boleh jatuh cinta pada darwish.Kami tak boleh bersama.Dia tak kan pernah sukakan saya.”air mataku berlinang di celah kelopak mataku.Terasa begitu cepat air mata ini muncul.tanpa aku menyedarinya.
“eris,mana awak tahu kalau dia tak sukakan awak?awak tak pernah luahkan pada dia kan?”
“saya perempuan encik.Saya tak nak bertepuk sebelah tangan.Saya yakin begitu mustahil untuk darwish sukakan saya.kami dulu musuh”.
“eris,memang dulu awak dan dia bermusuh.Tapi sekarang semua tu dah tinggal sejarah.Awak dah berbaik dengan dia.Tak mustahil dia akan sukakan awak.”
“entahlah encik.Saya tak begitu yakin dengan kata-kata encik fizi.Darwish bukan seperti itu.Dia tidak mudah jatuh cinta.Saya kenal dia dari dulu lagi.”ujarku

“okey,kalau macam tu,kita buktikan kalau kata-kata saya tu betul”.hafizi begitu semangat.
“maksud encik”
“kita pura-pura bercinta.”aku tersentak dengan apa yang di ucapkan oleh hafizi.
“tapi encik…”
“eris,awak kena yakin dengan saya.Saya buat semua ni sebab saya tahu dia sukakan awak jugak.Cuma egonya terlalu tinggi untuk mengaku.Dan saya yakin dia akan marah setelah tahu kita bercinta.”hafizi tersenyum.
“saya hanya ikut apa kata encik.Kalau itu yang encik mahukan.”aku sebenarnya tidak yakin dengan rancangan itu.Tapi tidak salah untuk aku mencuba.
“okey,esok kita balik ke kuala lumpur.Bertindak seperti apa yang kita rancangkan.Saya yakin ini yang terbaik untuk awak berdua.”aku hanya mengangguk tanda menyetujui semuanya.


“eh fizi,apa hal balik awal ni?bukan ke esok baru kau balik ke?”Tanya darwish sebaik saja melihat hafizi masuk ke pejabat.
“aku ada benda nak settle.So balik awal sikit.”
“macam mana kat sana?”soal darwish.
“okey.semuanya dah hampir siap.”jawab hafizi pendek.
“man,semalam aku dah luahkan perasaan aku pada eris.”darwish tersentak.
“habis tu?dia terima?”
“terima dowh.Aku happy sangat-sangat.”darwish kecewa dengan berita itu.
“tahniah bro.Aku tumpang senang.”darwish tersenyum.senyum yang sengaja dibuat-buat.
“okeylah man.Aku nak masuk bilik.Banyak kerja tertangguh.”hafizi meminta diri untuk berlalu.Darwish hanya mengangguk lemah.Aku menghampiri darwish setelah melihat hafizi berlalu meninggalkan dia.
“darwish,kenapa tercegat kat sini?”tanyaku setelah melihat dia  terpacak disitu.
“tak de pe lah.”jawabnya pendek sambil mengorak langkahnya.Mukanya seperti menahan marah.
“kenapa dengan encik darwish eris?”Tanya sarah yang juga melihat kejadian itu.
“entahlah sarah.aku pun tak faham kenapa.”aku menjungkitkan bahu.
“erm,ada lah tu yang tak kena.Dia kan memang macam tu.Kalau dia nak marah,jawab pun lebih kurang je lah.”omel sarah.
“mcm tu pulak ek.adui”aku ketawa mdengar kata-kata sarah.
“okey lah.Aku nak ke bilik encik fizi jap”.
“okey.”

Aku mengetuk pintu bilik encik hafizi.Ternyata darwish juga berada disitu.Dia membuat muka tidak puas hatinya dengan kedatangan ku ke bilik encik hafizi.
“hai sayang.Kenapa?”tersentak aku mendengar ucapan encik fizi.Namun aku tahu semuanya hanya lah rancangan dia.
“apa lah awak ni.Malu  kalau orang lain dengar.”
“tak de orang dengar lah.Kalau dengar pun aiman ni je.Kan aiman kan?”.hafizi seolah-olah menyindir darwish.darwish mengetap bibir menahan marah.
“sorry lah.Aku tak nak ganggu korang.”darwish bangun dari tempat duduknya.
“eh kau nak g ane?tadi kata nak bincang dengan aku.”hafizi memancing emosi.
“lain kali lah bincang.”ujar darwish sambil melangkah keluar.Bunyi pintu yang ditutup kuat oleh darwish membuatkan aku tersentak.Hafizi hanya tersenyum.
“tu kan eris.Sekarang dah terbukti yang dia cemburukan kita.”ujar hafizi.
“saya tak sangka dia cemburu macam tu sekali.Sampai pintu pun dia hempas sekuat hati.”aku turut tersenyum apabila melihat sikap darwish tadi.
“saya nak pergi cakap dengan dia dulu.”hafizi bangun untuk mendapatkan darwish.Aku hanya mengangguk….
Ternyata apa yang di duga oleh hafizi hampir benar.Meskipun begitu,aku tidak mahu terlalu mengharap.Takut aku akan kecewa kelak.Aku mengeluh dengan kejadian tadi.Semoga darwish tidak akan kembali membencinya stelah mengetahui dia dan hafizi bercinta.Meskipun Cuma satu lakonan,namun aku takut semuanya tidak seperti yang dirancangkan.

No comments:

Post a Comment