Thursday, December 30, 2010

bab 13 suratan atau kebetulan

“eris,nanti tengahari fizi suruh kau ikut aku jumpa klien.”ujar darwish semasa aku berjumpa dengannya di pantry.
“kenapa aku kena jumpa klien?bukan biasanya kau dengan dia je ke yang pergi?”
“dia kata ada hal last minit.So tak leh cancel meeting ni.Kena pergi juga.Thats why dia suruh aku pergi dengan kau.”jelas darwish.Aku memandang wajahnya.Kali ini tidak ada sebarang riak muka yang sombong seperti pertama kali aku bertemu dengannya di sekolah dulu.
“okeylah kalau macam tu.”
“kau dah siapkan semuanya untuk meeting tu kan?”.Aku Cuma mengangguk dengan pertanyaan dia.
“okey,tengahari nanti.”dia melangkah menuju ke biliknya setelah mengambil air kopi yang aku bancuh untuk aku sebentar tadi.
‘aik dia ni,main rembat je.’ngomelku sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seperti yang dijanjikan,aku dan darwish bertemu dengan klien untuk membincangkan projek terbaru syarikat ini.Nasib baik,segalanya berjalan dengan lancar meskipun tanpa hafizi sendiri yang menemui mereka.

“nasib baik dorang setuju untuk bagi kita projek tu.”darwish menarik nafas lega.
“erm,tapi semuanya sebab kau jugak yang yakinkan mereka.sebab tu semuanya berjalan  lancar.”aku memujinya.
“argh tak de maknenya.Semua tu rezeki namanya.”Aku tersenyum mendengar jawapan darinya.Dia sekarang sudah merendah diri rupanya.Tidak sperti dulu lagi!desis hatiku.
“kita makan dulu lah.Aku lapar ni.”ujarnya.Aku sekadar mengikuti langkahnya menuju ke restoran.Sebaik sahaja tiba di restoran fajar,aku terlihat kelibat ical dan rita yang sedang makan di situ.Tiba-tiba mukaku terasa panas.Darahku semakin memuncak.Aku berhenti sebelum sempat melangkah masuk.
“kenapa?”tnya darwish sebaik sahaja melihatku tercegat disitu.
“aku nak balik.”air mataku mula bergenang.
“balik?kan tadi nak makan dulu?”
“aku tak kira.Aku nak balik.Selera aku dah mati.”bentakku sambil memandang ke  arah ical dan rita.Aku berlari sekuat hatiku meninggalkan restoran itu.Darwish yang pelik akan sikapku sempat memandang ke   arah ical dan rita sebelum turut mengekori langkahku.Dia sudah tahu apa yang terjadi sebenarnya.
“eris,tunggu.”panggil darwish.
“woi,aku kata tunggu.”jerkahannya membuatkan aku tersentak dan menghentikan langkahku.
“kau ni kenapa?”tanyanya buat-buat tak tahu.
“aku nak balik.Tu je.”air mataku menitis deras.
“ye,tapi kenapa tiba-tiba nak balik ni?”soalnya lagi.
“kau jangan Tanya banyak-banyak boleh?”marah aku dengan sikapnya yang banyak Tanya itu.
“aku Tanya sebab aku hairan dengan kau.Tiba-tiba nak balik,lepas tu lari sambil nangis.Malu lah tengok dek orang.Ni ambik.”dia menghulurkan sapu tangannya padaku.
“terima kasih.”jawabku ringkas sambil menarik sapu tangan itu.
“okey,jom kita balik.”dia mengajakku untuk pulang.
“eh,tak pe lah.Kau kan nak makan.Biar aku balik sendiri.Kau pergi lah makan.”.
“selera aku pun dah lesap.Kau lah nangis sangat.”
“maaf.”hanya itu yang mampu aku ucapkan.Semuanya memang salahku.
“dahlah.Jomlah balik.Tadi nak balik sangat.”sindirnya.Kami pulang ke pejabat tanpa makan tengahari.Kesian pulak dia!desis hatiku.Tapi aku memang tidak mahu berjumpa dengan ical dan rita lagi.Mereka sudah melupakan aku sebagai sahabat mereka.Perasaan bersalah menjelma dalam diri kerana mengikutkan sangat kata hatiku.


Darwish masih memikirkan apa yang dia lihat tengahari tadi.Dia sangat mengenali lelaki dan wanita yang berada di restoran tadi.Ical dan Rita!Tapi kenapa eris menangis tiba-tiba bila melihat mereka?bukan ke mereka sahabat baiknya dulu?persoalan yang cuba dia temukan jawapannya tapi gagal.Hanya eris yang tahu semuanya!hati kecilnya berkata-kata.

“wei aiman”mengelamun jauh Nampak”.sapaan hafizi membuatkan aiman tersentak.
“kau ni main redah je bro.pe hal?”marah darwish.
“tolong skit.Aku dah ketuk bilik kau beberapa kali tau.Kau tu je yang entah kemana.”sindir hafizi.
“ye ke?sorrylah tak dengar.”jawapan darwish membuat hafizi tersengih.
“kau dilamun cinta ke man?”muka darwish merona merah tiba-tiba mendengar pertanyaan itu.
“ish kau ni.Pandai-pandai pulak dia.”
“tengok,muka pun merah.Baru Tanya macam tu.”hafizi ketawa geli hati melihat rakannya itu.
“arghh….kau ni..Kalau setakat  nak merepek baik jangan masuk.Ganggu aku nak buat kerja je.”marah darwish.
“kau buat kerja ke dari tadi man?aku tengok kau termenung mungkin dah sampai planet lain kot.”hafizi masih menyindir diiringi dengan ketawa yang masih bersisa.
“apa kena dengan kau ni fizi?”
“tak de lah.Lain kali nak mengelamun tu,jangan tunjuk kat aku ni.Jealous la.”
“takde maknenye nak mengelamun.Kau dari mana ni?”darwish mengalih topik.
“erm,dah alih topik dah.Aku dari rumah.”
“oh.tadi aku jumpa klien yang kau suruh tu.Dorang dah setuju nak bagi kita projek tu.”
“kau pergi dengan eris ke tadi?”soal hafizi tiba-tiba.
“yep.kau yang suruh kan?”Hafizi mengangguk laju.
“baguslah kalau projek tu dorang bagi kat kita.Thanks tau gantikan aku tadi.”hafizi memegang bahu darwish.
“no hal der.”jawapan darwish dsertakan dengan tawa..

No comments:

Post a Comment