Saturday, December 25, 2010

bab 6 suratan atau kebetulan

sedar tak sedar,aku sudah pun hampir melangkah ke alam pekerjaan.Meskipun semua nya dirasakan terlalu cepat berlalu.setelah hampir tujuh tahun,akhirnya aku Berjaya mengenggam segulung ijazah.Keluargaku sangat berbangga dengan pencapaiannya.Pada mulanya,mereka merasa kalau aku hanya akan sampai ditahap diploma sahaja.Namun telahan mereka sama sekali salah setelah aku membuat keputusan untuk menyambung pelajaranku di peringkat ijazah.Jurusan yang aku pilih tetap sama.setelah beberapa bulan ‘menanam anggur’,aku membuat keputusan untuk mencari pekerjaan.dan seperti kebiasaannya,aku akan menelefon Ical.
“ye eris.”suaranya menyapa ke gendang telingaku.
“cal,jom cari kerja.”
“kau ni eris,kan baru habis belajar.Rilek lah dulu.”ujarnya selamba.
“encik faisal.Kita ni dah enam bulan duduk tanam anggur.Bosanlah.’’
“habis tu nak cari kerja kat mana?”soalnya.Aku tersenyum.
“erm,carilah kat mana-mana.Janji ada kerja.”
“okey,esok kita start cari kerja.”Ical sudah mula bersemangat.Aku mematikan talian.Ingin menjadi seperti ical yang suka memutuskan talian tanpa sempat habis bercakap.Biar dia rasa!
Seperti yang dijanjikan,Ical datang mengambilku di rumah keesokan harinya.Menggunakan kereta yang dihadiahkan ayahnya,ical membawaku mencari tempat kerja yang menawarkan jawatan kosong.aku dan ical ditemuduga oleh beberapa buah syarikat yang memerlukan pegawai di bahagian akaun.
“eris,harap-harap salah sebuah syarikat tu terima kita kan”ujar ical sebaik sahaja kami dalam perjalanan pulang.
“harap-harap macam tu lah ical.Aku dah bosan sangat duduk kat rumah.”
“eris,apa cerita dengan rita?dah lama tak dengar khabar.”soal ical.
“entah,dia tak call pun.Aku dah try call,tapi nombor dia dah tak de dalam perkhidmatan”.jelasku.
“entah kemana rita.”suara ical kedengaran mendatar.
“rindu kat rita ke cal?”usikku.
“rindulah jugak.Tapi still okey lagi lah.Kalau tak jumpa kau,aku rasa tak sanggup aku.”
“ek eleh,poyolah kau ni.”
“poyo tak poyo,Kawan kau jugak.By the way,aku suka perubahan kau eris.Sekarang kau dah pakai tudung.Dan tak keras lagi.”ical ketawa.
“semua orang boleh berubah cal.Begitu jugak aku.Lagipun aku dah dewasa.Takkan sampai bila-bila aku nak jadi keras.”aku juga turut ketawa mengingat kembali peristiwa sewaktu aku masih bersekolah dulu.
“baguslah kalau macam tu.”jawab ical ringkas.Dia kembali menumpukan perhatiannya ke hadapan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Beberapa hari kemudian,aku mendapat panggilan dari sebuah syarikat yang bernama Restu Holdings.Syarikat yang aku menemu dugaku tempoh hari.
“hello,ni cik eris Natalia ke?”Tanya wanita itu.
“ya saya eris.Kenapa ya?”soal ku.
“saya dari syarikat restu holdings nak beritahu kalau cik eris diterima bekerja di syarikat kami.sebagai akauntan.”
“betul ke cik?”tanyaku tidak berpuas hati.
“betul,esok cik eris boleh datang dan mula kerja.”jelasnya.
“terima kasih ya.”
“sama-sama”Talian dimatikan.Aku mengucap syukur kerana aku diberi peluang untuk menjadi akauntan disitu.aku kembali menekan nombor ical untuk memberitahunya berita gembira ini.
“hello ical”ujarku sebaik sahaja ical menjawab.
“ye eris.Kenapa?”
“ical,aku dapat kerja.Dekat restu holding.Ingat tak?”
“ye ke?baguslah tu eris.Jadi akauntan kan?”Tanya ical.
“a’ah.Kau macamana cal?”
“aku dapat jugak.Dekat bernama sdn.bhd.”aku tersenyum mendengar berita dari ical.Kami memang bernasib baik.Kebetulan syarikat itu juga tidak jauh dari restu holdings.kebetulan lagi!
“ical,kalau macam tu dekatlah nanti.”ical ketawa mendengar kata-kataku.
“a’ah.Kita mana boleh berpisah.”
“bila kau start keja cal?aku esok dah start dah.”soalku lagi.
“aku pun esok jugak ris.”
“okeylah kalau macam tu.aku ada kerja ni cal.”
“okey.”ical mematikan talian.
Berita itu aku sampaikan kepada mak,ayah dan kak atia.Mereka pasti gembira kerana aku mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakanku.
“mak,esok eris dah start kerja.”ujarku semasa makan malam.
“ye ke eris?baguslah tu nak.”mak kelihatan gembira dengan berita itu.
“sebagai apa ris?”Tanya kak atia.
“sebagai akauntan kak.”jawabku ringkas.
“baguslah tu eris.Kerja rajin-rajin tau.”pesan ayah kepadaku.
“ye lah ayah.Eris janji eris kerja baik-baik.”aku senyum memandang wajah-wajah dihadapanku.Merekalah orang yang selalu bersamaku.dari dulu hinggalah sekarang.Kejayaanku selama ini tidak lengkap tanpa sokongan dari mereka.Setiap penat lelah ayah,mak dan kak atia untuk memberikanku pendidikan yang sempurna tidak akan aku lupakan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Aku melihat kak atia termenung di biliknya.Kebetulan semasa aku lalu,pintu biliknya terbuka.Aku melihat kak atia baru selesai menangis kerana matanya yang bengkak dan  merah.
“kak,boleh eris masuk?”Tanya aku perlahan.
“masuklah eris.”ujar kak atia sambil menyeka airmatanya.
“kenapa kak?akak ada masalah?”
“tak de pape eris.”
“akak jangan tipu eris.Eris tahu akak ada masalah.Beritahu eris kak.”aku tahu kak atia ada masalah.Tapi dia tidak mahu menceritakan masalahnya pada aku.
“entahlah ris.Akak ada masalah dengan haris.Dia nak masuk minang akak.Tapi akak belum bersedia.”akhirnya kak atia berterus terang.
“kenapa kak?bukannya akak dah lama bercinta dengan abang haris?”tanyaku pelik dengan tindakan kak atia.
“akak tak tahu eris.Kalau akak kahwin,akak kena tinggalkan keluarga kita.Akak tak sanggup.”kak atia kembali menangis.
“kak,tak semestinya macam tu.akak kan still boleh jenguk kami.Lagipun dah sampai masanya akak fikirkan masa depan akak.”pujukku.Selama ini kak atia hanya memikirkan hal keluarga.Tidak pernah memikirkan kebahagiaan dia sendiri.Aku yakin ayah dan mak juga ingin kak atia bahagia dengan orang yang dia cintai.
“tapi akak takut eris.Takut kalau hariz tak izinkan akak untuk datang ke sini.”tangis kak atia semakin kuat.
“apa ni kak?eris tak faham apa yang cuba akak sampaikan?”
“hariz kata dia akan bawak akak tinggal di luar Negara.Sebab dia akan kerja disana.Tapi terpulanglah pada akak.Kalau akak masih ingin bersamanya,akak harus sedia untuk meninggalkan keluarga.aku terlopong mendengar kata-kata itu.
“kak,apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan akak.Soal ayah dan mak,akak jangan risau.Eris ada jaga diorang.Kalau betul akak tak sanggup kehilangan dia,ikutlah dia kak.Eris yakin akak akan bahagia.”
“terima kasih eris.Sebab dah tenangkan hati akak ni.”kak atia memelukku.Dia masih dalam keadaan sebak.Aku cuba memahami kesedihan yang dia alami.Tersepit antara dua pilihan..sama-sama antara orang yang dia sayang.
Aku tidak dapat tidur dengan nyenyak.Tangisan kak atia seakan terngiang-ngiang di telingaku.Aku mengerti keadaannya namun apalah dayaku.Aku hanya mampu untuk menenangkannya.Yang selebihnya,aku serahkan padanya untuk memilih dan membuat keputusan.Aku tidak menyedari bila aku terlelap.

bab 5 suratan atau kebetulan


Setelah beberapa bulan menunggu,akhirnya aku,ical dan rita mendapat keputusan yang cemerlang.Kami telah merancang untuk meminta university yang sama.Kami ingin terus bersama-sama melanjutkan pelajaran.
“ical,rita.kita nak mintak course apa?”tanyaku sebaik sahaja keluar daripada dewan.
“entahlah.Aku rasa macam nak ambik banking lah.Sebab aku minat.”ujar rita bersungguh-sungguh.
“kalau aku,nak ambik akaun.Sebab memang cita-cita aku nak jadi akauntan”Ical ketawa.
“eh sama lah ical.Aku pun teringin nak jadi akauntan.Tapi kalau boleh,aku nak jadi juru audit.Sebab gajinya lebih mahal”.aku tersenyum nakal.
“erm,korang minat sama lah.Aku je yang lain.”rajuk rita.
“rita,takpe minat lain-lain pun.Sebab ada juga lain-lain course yang satu university.”pujukku.Aku tidak mahu menghalang cita-cita Rita.
“erm,betul tu.Kita mintaklah apa yang kita minat.Sebab nanti susah kalau kita tak minat.Soal U tu kita fikit kemudian”Ical memberi pendapat.
“tak sabar kan nak masuk U.”ujarku dengan penuh semangat.Rita dan Ical hanya tersenyum melihat aku.
Aku telah memilih untuk mengambil jurusan perakaunan.Kerana itu adalah matlamat aku selama ini.Begitu juga dengan Ical.Dia turut memilih perakaunan sebagai pilihan utamanya.Berlainan pula dengan Rita,dia lebih memilih untuk mengambil jurusan banking.Kerana dia meminati jurusan itu semasa di sekolah rendah lagi.Dia bercita-cita untuk menjadi pegawai bank yang Berjaya.Aku menghormati cita-cita Rita,kerana aku tahu tidak mustahil kita akan mencapai apa yang kita idamkan suatu hari nanti.
“eris,kau dapat u mane?”Tanya ical dengan nada teruja.
“aku dapat uitm seri iskandar perak.kau?”soalku kembali.
“wah,sama lah eris.”ujarnya dengan gembira.
“rita dapat kat mana cal?”
“rita dapat uitm machang,kelantan lah ris.Tak sama.”nada ical sedikit kecewa.
‘’tak pe lah cal.Nak buat macam mana.Dah memang jurusan dia kat situ kot.”ujarku.Nampaknya,kami tidak akan bersama lagi.Cuma aku dan ical saja yang dapat bersama.
“erm,dia pun dah cakap dia tak kisah.Asalkan dia dapat jurusan tu.”suara ical kembali tenang.
“baguslah dia ada semangat lah tu.”aku ketawa.
“okey lah ris.Aku ada hal sikit ni.Tak lama lagi dah nak masuk U.so,aku nak beli barang sikit-sikit dulu.”
“amboi kau.semangat jugak”perli aku kepada ical.
“biasa lah tu.Okey..tata..”talian dimatikan sebelum aku sempat menjawab.ical,ical.semangat betul kau!.Getus hatiku.
Suasana di meja makan begitu gamat sekali.Apa tak nya,ayah,ibu dan kak atia begitu gembira dengan tawaran university itu.Itu yang mereka idam-idamkan selama ini.Aku akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“eris,ayah bangga dengan kamu.”
“mak pun eris.Tak sangka kan bang”.mak kelihatan sangat gembira.Aku tidak menyangka kalau mak akan berkata begitu padaku.
“tak sia-sia akak suruh kau pergi sekolah kan eris.”sindir kak atia dengan nada bergurau.aku hanya tersenyum melihat kerenah mereka.Aku sekarang yakin kalau yang paling gembira dengan kejayaan kita adalah keluarga.Mereka jugalah pencetus semangatku untuk belajar.Betul kata kak atia,ilmu penting.Biar tak de duit,janji ada ilmu.Kata-kata kak atia masih terngiang-ngiang di telingaku.Kebahagiaan mereka sekarang akan aku naik tarafkan dengan segulung ijazah.
“ye lah kak.Terima kasih sangat sebab dah sedarkan eris.”pilu hatiku mengungkap kata-kata itu.
“sama-sama eris.”Ucap kak atia ringkas.Pada saat itu juga,telefonku menjerit minta di angkat.
“Ical,”aku menjawab panggilan itu sambil meminta diri sebentar.
“eris,kau dah prepare ke belum?”Tanya ical seakan-akan tidak sabar.
“dah,tapi sikit je”.jawabku selamba.
“ala kau ni Ris.tak rock lah.aku dah siap dah.Tunggu masa nak pergi je”.aku ketawa mendengar kata-kata Ical.
“gelojoh lah kau cal.”
“biar lah.semangat sikit.”
“eh okey lah cal.Aku nak sambung makan ni.Kau ganggu aku je.”
“haha,okey-okey.Sorry,aku tak tahu.tata.”talian dimatikan.Telah menjadi tabiat ical mematikan talian sebelum aku sempat bercakap..

Kini,aku dan ical menjalani kehidupan sebagai seorang siswa.Meskipun tugas itu sangat berat berbanding sewaktu di sekolah dulu.Namun kami harus menghadapinya.Untuk mendapatkan apa yang diimpikan bukan senang.Untungnya juga,aku diberi satu kelas dengan ical.Aku sendiri tidak tahu semua itu adalah satu kebetulan atau tidak.Tapi aku sangat gembira kerana hubungan aku dan Ical tidak terputus oleh jarak.Kami tidak perlu risau akan itu.Sesekali,aku mengingati Rita yang jauh merantau ke negeri orang.Sayangnya,aku dan dia tidak dapat bersama-sama melangkah ke sini.Tapi aku yakin rita pasti sudah memperoleh kawan yang mungkin lebih baik dari aku.Aku dan Ical selalu berdoa agar kami sama-sama dapat keputusan yang baik biarpun berada di university yang berbeza..

bab 4 suratan atau kebetulan


“eris,eris.”panggil Ical sewaktu aku berada di kantin.Dia kelihatan tercungkap-cungkap macam baru sudah berlari.
“ada apa ni Ical?berlari macam baru lepas tengok hantu.”tanyaku.
“eris,aku dapat tahu yang darwish tu anti perempuan.”rupanya itu yang membuatkan ical menjadi kelam kabut.
“ical,ical.Sampai mcam tu sekali kau cari tahu kelemahan dia?”aku ketawa kecil melihat kesungguhan Ical.Ical mengangguk laju.
“dah kau suruh.Aku buat lah.”ujarnya.
“memanglah aku suruh,tapi jangan lah sampai macam ni.Kelam kabut semacam.Ingat ical,dia bukan penting sangat pun.”ujarku sambil ketawa.
“sekali sekala semangat.”
“okey,berbalik pada rancangan kita.Kau tahu apa nak buatkan ical?”tanyaku sambil memandangnya.Ical tersenyum nakal,tanda dia sudah tahu semuanya.
“sip,kita mulakan rancangan kita.”Aku dan ical akan mulakan rancangan itu.
Keesokan harinya,pelajar paling cantik di sekolah mencari darwish.Tasya,gadis cantik tapi gedik dan sombong.Kali ini plan aku turut membabitkannya.Kerana aku tahu dia meminati darwish sewaktu kali pertama darwish masuk ke kelasku.Maklumat itu diberikan oleh Ical dan Rita.Aku harus akui darwish memang kacak.Mukanya yang ala-ala marcell Darwin itu telah memikat hati tasya.Namun,sikapnya yang berlagak itu membuatkan tasya tidak berani mencuba mendekatinya.Aku hanya memerhati dari jauh gelagat mereka.
“hai darwish.”Ujar tasya dengan nada menggoda apabila berada di depan darwish.Aku melihat darwish yang terkejut dengan kehadiran tasya.
“apa hal ni tergedik-gedik?”soalan darwish membuatkan semua pelajar ketawa.Apa tidaknya,mereka menjadi tontonan ramai pelajar yang berada di situ.Dan tindakan tasya yang ingin menggoda darwish menjadi bahan lucu untuk mereka ketawa.
“saya suka awak darwish.Saya tahu awak pun suka saya.Semalam awak tulis surat dan hantar bunga pada saya kan?”kata-kata tasya memberi kejutan pada semua.Terutama pada darwish.Kerana setahu pelajar di kelas itu,darwish tidak suka mendekati perempuan.Aku dan Ical hanya tersengih.
“apa kau merepek ni?bila masa pulak aku hantar surat pada kau?”Tanya darwish pelik dengan kejadian itu.
“dasar lelaki,depan orang pura-pura tak tahu pulak.”marah tasya.
“eh,cakap tu baik-baik sikit.Kau yang tergedik kat sini.Nak tuduh aku pulak.”bentak darwish.
“eh,korang semua.Darwish ni memang hantar surat dan bunga pada aku semalam.Tengok sekarang dah tak nak mengaku.”ujar tasya sambil menunjukkan surat itu kepada semua pelajar kelas itu.Perbuatan tasya itu mengundang rasa malu darwish.Sekarang pelajar masing-masing memandang kea rah darwish.Tanda tidak menyukai sifat lelaki itu.
“eh,korang jangan salah faham.Aku tak pernah hantar surat tu.”darwish menjelaskan semuanya.
“dah lah darwish.Hipokrit.Tak suka perempuan konon.Menyesal aku dengar cakap kau dulu.”sindir Aril yang merupakan kawan kepada darwish.
“tu lah,berlagak sangat.Menyampah betul.”kata Alia.Keadaan  kelas menjadi bingit kerana masalah itu.Aku dan Ical mendiamkan diri.Rasa kesal menjelma dalam diri.Setelah tasya berlalu,aku melihat ical bingkas bangun dari tempat duduknya.
“korang,jangan salahkan darwish.Aku yang rancang semua ni nak kenakan dia.”aku terkejut mendengar ucapan Ical.
“Eh ical,bukan ke darwish ni yang buat kau kena lapor diri?kenapa kau nak bela dia?kalau aku jadi kau lah ical,tak nak aku bela dia.”cemuh aril.Aku memandang darwish yang menunduk dari tadi.
“tapi apa yang aku cakap betul.Memang aku yang rancang semua ni.”pengakuan jujur dari Ical.
“argh,kami tak percaya.Sebab tulisan dalam surat tu memang tulisan darwish.”aril masih tidak percaya.Kelihatan cikgu Balqis menuju ke kelas.Semua pelajar telah kembali ke tempat masing-masing kecuali Ical dan Darwish.Aku melihat darwish mengenggam jarinya.Risau juga aku melihat mereka berdua disitu.Aku menghampiri mereka berdua sebelum mereka melakukan adegan Jackie chan lagi.
“ical,duduk tempat lah”.Bisik ku ke telinga Ical.Namun dia masih tidak berganjak.
“ical,kalau kau kawan aku.kau duduk sekarang.”ujar ku dengan tegas setelah melihat mereka semakin dekat.Ical memandang ke  arahku sebelum duduk di tempatnya.Aku sedikit lega.Darwish meminta izin cikgu balqis untuk keluar sebentar.Aku yakin darwish akan semakin marah pada Ical.Kenapalah kawan aku ni lembap sangat pergi terus-terang!ngomelku sendiri.Sebaik sahaja kelas selesai,aku berlari mendapatkan ical yang terlebih dulu meninggalkan aku.
“Ical,tunggu.”panggilku.Ical menghentikan langkahnya.
“ical,kenapa kau buat semua ni?”soalku lembut.Tidak pernah aku selembut itu dengannya.
“aku tak sanggup tengok dia kena cemuh dengan budak kelas kita ris.Kesian.”nada ical kedengaran sayu.Aku menariknya untuk duduk dibangku berhampiran taman sekolah.
“ical,memang betul kau kesian kan dia.Tapi perlu ke kau mengaku kau yang rancang?setidaknya,kau pertahankan dia pun dah cukup.Tengok sekarang,dia bukannya nak baik dengan kau.Tambah marah ada lah.Ical,ical.”aku mengeluh panjang.Rancanganku tidak menjadi.Lembut juga hati si ical ni.Aku perempuan pun tak de kesan  tengok dia kena cemuh!
“entahlah ris.Tu je aku mampu.”
“erm,dah lah cal.Yang penting sekarang kita tumpukan pada exam.Exam  tinggal seminggu je lagi.”nasihatku.
“thanks ris.Kau dah ingatkan aku.Kalau tak,aku fikirkan masalah ni terus.”Ical sudah mula senyum.
‘’no hal.”aku menepuk bahu ical.Sememangnya aku tidak suka melihat dia bersedih.Kerana dari kecil lagi,kami sudah berteman.Tidak pernah menyakiti satu sama lain.Aku juga pening memikirkan tindakan darwish lagi.Aku yakin dia tidak akan biarkan saja semua ni.Dia pasti akan balas dendam.
Semenjak hari itu,Darwish  hanya mendiamkan diri di tempatnya.Dia tidak lagi mempunyai kawan.Entah kenapa semua orang memboikotnya.Padahal Ical telah menerangkan semuanya pada mereka.Pada hari peperiksaan juga,dia lebih memilih untuk bersendirian.Tidak seperti orang lain yang belajar bersama-sama kawannya.
Akhirnya peperiksaan berakhir juga,aku,Ical dan rita sangat gembira kerana apa yang kami belajar semasa di sekolah telah sampai ke penghujungnya.segala penat lelah kami berbaloi kerana kami dapat menjawab soalan dengan baik.Sekarang,kami hanya perlu menunggu keputusan peperiksaan.Kami telah merancang untuk masuk ke university yang sama setelah keputusan SPM dikeluarkan nanti.Berakhirnya peperiksaan bukan bererti berakhirnya perbalahan antara ical,aku dan darwish..Semua orang meminta maaf sesama sendiri untuk meninggalkan sekolah dan rakan-rakan,tetapi kami memaling muka satu sama lain.Tidak berniat di hati  kami untuk menjernihkan hubungan.Ego masing-masing terlalu tinggi untuk mengalah..