Setelah beberapa bulan menunggu,akhirnya aku,ical dan rita mendapat keputusan yang cemerlang.Kami telah merancang untuk meminta university yang sama.Kami ingin terus bersama-sama melanjutkan pelajaran.
“ical,rita.kita nak mintak course apa?”tanyaku sebaik sahaja keluar daripada dewan.
“entahlah.Aku rasa macam nak ambik banking lah.Sebab aku minat.”ujar rita bersungguh-sungguh.
“kalau aku,nak ambik akaun.Sebab memang cita-cita aku nak jadi akauntan”Ical ketawa.
“eh sama lah ical.Aku pun teringin nak jadi akauntan.Tapi kalau boleh,aku nak jadi juru audit.Sebab gajinya lebih mahal”.aku tersenyum nakal.
“erm,korang minat sama lah.Aku je yang lain.”rajuk rita.
“rita,takpe minat lain-lain pun.Sebab ada juga lain-lain course yang satu university.”pujukku.Aku tidak mahu menghalang cita-cita Rita.
“erm,betul tu.Kita mintaklah apa yang kita minat.Sebab nanti susah kalau kita tak minat.Soal U tu kita fikit kemudian”Ical memberi pendapat.
“tak sabar kan nak masuk U.”ujarku dengan penuh semangat.Rita dan Ical hanya tersenyum melihat aku.
Aku telah memilih untuk mengambil jurusan perakaunan.Kerana itu adalah matlamat aku selama ini.Begitu juga dengan Ical.Dia turut memilih perakaunan sebagai pilihan utamanya.Berlainan pula dengan Rita,dia lebih memilih untuk mengambil jurusan banking.Kerana dia meminati jurusan itu semasa di sekolah rendah lagi.Dia bercita-cita untuk menjadi pegawai bank yang Berjaya.Aku menghormati cita-cita Rita,kerana aku tahu tidak mustahil kita akan mencapai apa yang kita idamkan suatu hari nanti.
“eris,kau dapat u mane?”Tanya ical dengan nada teruja.
“aku dapat uitm seri iskandar perak.kau?”soalku kembali.
“wah,sama lah eris.”ujarnya dengan gembira.
“rita dapat kat mana cal?”
“rita dapat uitm machang,kelantan lah ris.Tak sama.”nada ical sedikit kecewa.
‘’tak pe lah cal.Nak buat macam mana.Dah memang jurusan dia kat situ kot.”ujarku.Nampaknya,kami tidak akan bersama lagi.Cuma aku dan ical saja yang dapat bersama.
“erm,dia pun dah cakap dia tak kisah.Asalkan dia dapat jurusan tu.”suara ical kembali tenang.
“baguslah dia ada semangat lah tu.”aku ketawa.
“okey lah ris.Aku ada hal sikit ni.Tak lama lagi dah nak masuk U.so,aku nak beli barang sikit-sikit dulu.”
“amboi kau.semangat jugak”perli aku kepada ical.
“biasa lah tu.Okey..tata..”talian dimatikan sebelum aku sempat menjawab.ical,ical.semangat betul kau!.Getus hatiku.
Suasana di meja makan begitu gamat sekali.Apa tak nya,ayah,ibu dan kak atia begitu gembira dengan tawaran university itu.Itu yang mereka idam-idamkan selama ini.Aku akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“eris,ayah bangga dengan kamu.”
“mak pun eris.Tak sangka kan bang”.mak kelihatan sangat gembira.Aku tidak menyangka kalau mak akan berkata begitu padaku.
“tak sia-sia akak suruh kau pergi sekolah kan eris.”sindir kak atia dengan nada bergurau.aku hanya tersenyum melihat kerenah mereka.Aku sekarang yakin kalau yang paling gembira dengan kejayaan kita adalah keluarga.Mereka jugalah pencetus semangatku untuk belajar.Betul kata kak atia,ilmu penting.Biar tak de duit,janji ada ilmu.Kata-kata kak atia masih terngiang-ngiang di telingaku.Kebahagiaan mereka sekarang akan aku naik tarafkan dengan segulung ijazah.
“ye lah kak.Terima kasih sangat sebab dah sedarkan eris.”pilu hatiku mengungkap kata-kata itu.
“sama-sama eris.”Ucap kak atia ringkas.Pada saat itu juga,telefonku menjerit minta di angkat.
“Ical,”aku menjawab panggilan itu sambil meminta diri sebentar.
“eris,kau dah prepare ke belum?”Tanya ical seakan-akan tidak sabar.
“dah,tapi sikit je”.jawabku selamba.
“ala kau ni Ris.tak rock lah.aku dah siap dah.Tunggu masa nak pergi je”.aku ketawa mendengar kata-kata Ical.
“gelojoh lah kau cal.”
“biar lah.semangat sikit.”
“eh okey lah cal.Aku nak sambung makan ni.Kau ganggu aku je.”
“haha,okey-okey.Sorry,aku tak tahu.tata.”talian dimatikan.Telah menjadi tabiat ical mematikan talian sebelum aku sempat bercakap..
Kini,aku dan ical menjalani kehidupan sebagai seorang siswa.Meskipun tugas itu sangat berat berbanding sewaktu di sekolah dulu.Namun kami harus menghadapinya.Untuk mendapatkan apa yang diimpikan bukan senang.Untungnya juga,aku diberi satu kelas dengan ical.Aku sendiri tidak tahu semua itu adalah satu kebetulan atau tidak.Tapi aku sangat gembira kerana hubungan aku dan Ical tidak terputus oleh jarak.Kami tidak perlu risau akan itu.Sesekali,aku mengingati Rita yang jauh merantau ke negeri orang.Sayangnya,aku dan dia tidak dapat bersama-sama melangkah ke sini.Tapi aku yakin rita pasti sudah memperoleh kawan yang mungkin lebih baik dari aku.Aku dan Ical selalu berdoa agar kami sama-sama dapat keputusan yang baik biarpun berada di university yang berbeza..
No comments:
Post a Comment