Sunday, December 26, 2010

bab 8 suratan atau kebetulan

Aku menunggu ical datang mengambil ku.Namun kelibatnya masih belum kelihatan.Kemana lah si ical ni?.
“eris,tak balik lagi?”aku tersentak mendengar suara seseorang di belakangku.Aku pantas menoleh.
“encik hafizi.Terkejut saya.”aku tersenyum sambil mengurut dada.
“maaf kalau saya buat awak terkejut”.ujar encik hafizi sambil duduk disebelahku.
“tak pe.encik tak balik lagi?”soalku.
“saya dah nak balik ni.Tunggu musuh awak kejap.Dia pergi toilet.awak?”jelas encik hafizi seakan-akan tahu hal antara aku dan darwish.
“oh,saya tunggu kawan saya.”jawabku ringkas.
“kawan awak?ke pakwe ni?”usiknya.
“eh,tak lah.Kawan saya.”
“ye lah tu.”aku dan dia ketawa serentak.
“ehem.”celah darwish.Dia sudah berada disitu hampir 15 saat.
“eh,dah siap dah?”Tanya encik hafizi.Ketawa kami tiba-tiba terhenti setelah mendengar suara Darwish.
“eris.”panggil ical.
“eh ical.dah sampai rupanya kau.”aku melihat pandangan darwish yang tajam pada ical.
“jom balik eris.”ajak ical sambil menarik tanganku.Hafizi yang dapat merasakan ada sesuatu antara kami mendiamkan diri.
Sepanjang perjalanan pulang,ical hanya mendiamkan diri.Entah kenapa dia tidak bercakap seperti selalu.
“ical,kenapa ni?”tanyaku.
“tak de pape lah.”
“kau marahkan aku ke?”
“tak pun”jawab ical pendek.
“ical,aku malas lah kalau kau mcam ni.”
“sorry.Aku…”ical kembali mendiamkan diri.
“kenapa cal?kau marahkan aku dekat dengan darwish tadi ke?sebenarnya dia tu kawan bos aku.Sebab tu dia ada kat situ tadi.Aku tak berniat pun nak dekat dengan dia setelah apa yang berlaku.”terangku.Mengharap ical akan mengerti.
“aku faham eris.Sekarang kau dah kerja sekali dengan dia.Mahu atau tak,kau kena jumpa dia.”Dia tersenyum hambar.
“baguslah kalau kau faham.”aku sekadar tersenyum.
“eris,sebenarnya aku….”
“kau apa?”
“aku risau lah eris.risau kalau-kalau sikap darwish makin teruk dari dulu.Aku takut dia kenakan kau lagi.”ical kelihatan gusar.
“jangan lah fikir bukan-bukan ical.Lagipun kita masing-masing dah besar.Boleh fikir yang mana betul yang mana salah.”
“entah.aku tak rasa dia macam tu.”ical memandangku.
“dahlah cal.tak payah fikir sangat.Kalau dia nak kenakan aku,kau kan  ada.Kau boleh lindungi aku kan?”aku mengukir senyuman.Ical turut tersenyum mendengar kata-kataku.Aku beruntung mempunyai rakan sebaik ical.Yang selalu ada bila sahaja aku menginginkan pertolongannya.Dia selalu menjadi pendamping aku dikala aku terasa kehilangan.Aku memandang wajah ical.Meneliti satu persatu sudut wajahnya.Hairan kenapa ical masih belum berpunya.Padahal ical bukannya tidak kacak.Kata orang,dia sedap mata memandang.Tapi kenapa sampai sekarang belum ada yang bertakhta dihatinya.Atau sudah ada?tanyaku sendiri.aku tersenyum melihat ical yang kadang-kadang tingkahnya Berjaya mencuit hatiku.Kenapa sebelum ini,aku tidak menyedari semua ini?atau aku kah yang buta?tanpa aku sedar,ical menoleh ke  arahku.Kami berpandangan.meskipun tidak lama,namun ianya cukup membuat jantungku berdebar-debar.aku mengalihkan pandanganku sambil tersenyum kepadanya.
“eris,kenapa?”tanyanya lembut.
“err,takde pape.”aku mengelak.
“aku Nampak kau gugup je.”duganya.
“tak,aku okey.”aku kembali memandang wajahnya setelah aku hampir tenang.
“ye lah tu.Pandang aku lain macam je”.dia berkata selamba.
“erm,bila nak sampai ni ical?lamanya kau bawak kete.”aku sengaja mengalih topik.
“ek eleh eris.poyo dowh..”dia ketawa.
“apa lak poyo?”
“kau pandang aku tadi kan?bila aku Tanya buat-buat tukar topik.”sindir ical dalam nada ketawa.aku menarik muka masam.Malas hendak menjawab.Nanti aku jugak yang kena!
“eris,janganlah tarik muncung tu.”Aku masih mendiamkan diri.hanya buat endah tak endah.
“eris.kau dengar tak?”ical memberhentikan kereta di tepi jalan.Aku tersentak apabila dia mencapai tanganku.
“eh cal,kau buat apa ni?kenapa berhenti kat sini?jalanlah.”pintaku.
“cakap pun kau.”ical kembali memandu kereta itu sambil tersenyum-senyum.Aku mencubit lengannya.Nakal jugak dia ni!getus hatiku.
“eris,esok aku jemput kau lagi.”ujarnya sebaik sahaja sampai di perkarangan rumahku.
“erm,ok.”jawabku sambil membuka pintu kereta.Belum sempat aku melangkah keluar,ical menarik untuk duduk kembali.Tersentak aku dibuatnya.
“ical,main tarik-tarik dengan aku pulak”.marahku.
“maaflah yank.dah kau jawab acuh tak acuh je.Geram aku tahu tak.”rungutnya.
“ye ical.aku tunggu kau esok ya.”aku sengaja merendahkan suaraku untuk menyindir ical.
“eris,aku ada benda nak bagi.”dia menyeluk tangan kedalam poket seluarnya.
“ni untuk kau?”dia menghulurkan jam tangan kepadaku.Aku teragak-agak untuk mengambil.
“untuk aku cal?terima kasih.Tapi tak perlulah susah-susah.”ujarku tenang.
“takpelah.Kita dah lama kawan.Aku tak pernah lagi hadiahkan apa-apa pada kau sebagai kenangan persahabatan kita.”
“terima kasih tau ical.aku suka sangat jam ni”.kami berbalas senyuman.
“no hal.okeylah,aku nak balik dulu.Jangan lupa pakai jam tu.”aku sekadar mengangguk.Deruman enjin kereta ical hilang sebaik sahaja dia memecut laju keretanya.Aku memandang jam di tanganku.Cantik!.Inilah baru pertama kali ical memberiku hadiah.Akan aku simpan sebagai kenangan yang paling berharga dalam hidup aku.

bab 7 suratan atau kebetulan

Hari ini hari pertama aku bekerja di restu holdings.Pekerja-pekerja disitu sangat ramah.Meskipun belum sampai sehari aku bekerja,mereka sudah bertahun-tahun mengenaliku.
“eris,jom saya kenalkan pada arkitek di syarikat ni.Tadi dia tak de sebab pergi ke tapak projek.Tapi sekarang dia dah balik.”ujar sarah pembantu peribadi encik Hafizi iaitu anak Ceo syarikat itu.Sarah memberitahuku kalau syarikat itu diserahkan kepada encik hafizi untuk dikendalikan kerana datuk Hussien sedang mendapat rawatan di luar Negara.
“okey.jom”.aku hanya mengikuti langkah sarah.Gadis genit itu membawa aku kebilik Encik aiman.Aku mengetahui nama itu melalui sarah yang dari tadi sudah bercerita mengenai dia.
“encik aiman.”panggil sarah.Lelaki itu menoleh lantas mengutus senyum.
“ni akauntan baru syarikat kita.Cik eris Natalia.”ujar sarah.
“eris,ni encik aiman darwish.Jurutera syarikat kita.”aku dan darwish berpandangan.
“eris,encik aiman.”panggil sarah selepas pelik melihat kami berdua yang  berpandangan dari tadi.Bagaikan sudah mengenali satu sama lain.
“ya sarah.”ujarku.
“okey,saya tinggal dulu eris,encik aiman.”sarah berlalu meninggalkan aku dan darwish.Sebaik sahaja daun pintu tertutup rapat,darwish yang dikenali sebagai aiman di sini bersuara.
“eris,kita dah pernah jumpa sebelum ni.”
“ya.memang dah pernah jumpa pun.”jawabku kasar.
“kau masih tak berubah eris.perwatakan masih macam dulu.”sindirnya sambil tersengih.
“mungkin.”jawabku ringkas.Dia masih tersengih di situ.Macam kerang busuk!aku membebel dalam hati.
“aku mintak diri dululah encik aiman”.sengaja aku menekankan pangkat encik dihadapannya.Aku harus akui kalau sekarang aku berada di bawahnya.Aku melangkah keluar dengan keluhan yang panjang.Setibanya aku di ruanganku,aku mencapai telefon bimbit dan menekan nombor ical.
“hello.”beberapa saat kemudian ical menjawab.
“ical,apalah malang nasib aku hari ni.”
“la kau ni eris.Tiba-tiba nasib malang ni pehal?”
“kau tahu tak aku jumpa sape?”Tanya aku.
“manalah tahu yunk.Aku bukan ada dekat kau pun.”sempat lagi dia mengusik.
‘’aku jumpa musuh kita dulu cal.”aku mengharapkan pengertian dari ical.Tak payahlah aku menyebut namanya.
“sapa pulak ni?musuh aku ramailah.”usiknya lagi.padahal aku yakin dia sudah tahu.
“kau ni ical.musuh kau memang ramai.Tapi musuh aku sorang je tau.”
“rilek.kau jumpa darwish?”akhirnya dia kembali serius.
“a’ah.Dia jadi arkitek kat syarikat ni.Geramnya aku.Dia masih berlagak  macam dulu jugak lah.”ngomelku.
“ala,pedulikan.Dia bukan bahagian kau pun.Dia arkitek.Kau akauntan.Tak selalu jumpa.So,just ignored.”selamba dia berkata.
“erm,kau tak pelah.aku ni yang sepejabat dengan dia.Entah-entah dia masih berdendam dengan aku.”
“biarlah kat dia tu.Yang penting kau tumpukan pada kerja.Okeylah eris.Aku nak jumpa bos kejap.Dia nak jumpa aku.”Tuuut….talian dimatikan.Ish,poyo punya ical.Selalu je macam ni.Tak menyempat.Ergh!!!Aku mengomel sendiri.Aku tidak jadi menghabiskan marahku setelah melihat daun pintu dikuak.
“cik eris,encik hafizi nak jumpa.”panggil sarah.
“baiklah.Kejap lagi saya pergi.”sarah mengangguk lalu menutup pintu kembali.
Aku mengetuk pintu bilik encik hafizi.Perasaan aku tiba-tiba gementar.Kerana menurut apa yang disampaikan oleh sarah,encik hafizi garang orangnya.Aku takut untuk berhadapan dengannya..
“masuk.”aku membuka pintu setelah dia menyuruh aku untuk masuk.
“encik hafizi panggil saya?”Tanya ku sebaik sahaja melangkah kedalam.Aku terkejut melihat darwish juga turut ada disitu.
“eris,saya memang panggil awak kesini.Sila duduk.”ujar encik hafizi.Dugaan ku mengenai encik hafizi meleset.Kerana dia sama sekali tidak sama seperti yang aku gambarkan.Dia ternyata masih muda.Mungkin umurnya sebaya dengan aku dan juga Darwish.Tapi kenapa darwish ada dengan dia.Persoalan yang hanya tersimpan di benakku.
“tujuan saya panggil awak kesini adalah untuk menyuruh awak membantu saya mempersiapkan satu penyata.Kita nak bina sebuah hotel,so saya nak tahu bajet dia berapa.”jelas encik hafizi.
“baik encik.saya akan lakukan.Erm,ada apa-apa lagi?”soalku.
“aiman,kau ada nak cakap apa-apa?”Tanya encik hafizi pada darwish.Aku memandang ke  arah darwish.menunggu jawapannya.
“tak kot.”jawab darwish pendek.
“kalau tak de pape saya mintak diri dulu.”aku bingkas bangun setelah melihat encik hafizi mengangguk.
“eris,tunggu dulu.”panggil darwish.Tadi kata tak ada apa.!getus hatiku.Aku menoleh.
“saya nak awak buatkan kami air kopi.”permintaan yang sama sekali tidak masuk akal.Encik hafizi tercengang.
“aiman,pe hal ni tiba-tiba mintak air kopi?”Tanya hafizi.
“saja,nak rasa dia buat air.Jangan hanya pandai buat penyata je”.sindir darwish.
“baiklah ENCIK aiman darwish.Saya buatkan”.aku berlalu melangkah ke pantry untuk menyediakan air kopi untuknya.Aku tahu,dia tidak senang melihat kehadiran aku.aku kembali ke bilik encik hafizi dengan membawa dua minuman.
“ni encik.Kopinya.”aku menghulurkan air itu kepada encik hafizi.
“aik,fizi je?saya?”Tanya darwish sebaik sahaja melihat aku hanya menghulurkan minuman itu kepada encik hafizi.
“nah.ambik.”aku menghulur kepadanya.Encik hafizi yang melihat gelagat kami berdua hanya tersenyum
“air apa ni eris?”Tanya darwish bengang.
“kenapa dengan air tu aiman?”Tanya hafizi.Dia menghirup airnya.
“biasa je.Sedap eris.Pandai awak buat.”puji hafizi.Aku hanya tersengih.
“sedap apa bendanya?berapa banyak garam dia letak dalam air ni.”marah darwish.aku mula ketawa terbahak-bahak.Lucu melihat muka darwish..
“korang berdua ni kenapa?”soal hafizi.Dia juga turut ketawa.
“tu lah encik aiman ni.Kopi ni punyalah sedap.”aku menyambung ketawaku.
“dahlah.Awak boleh pergi.Sakit hati aku je.”aku tersenyum mendengar kata-katanya.Mukanya merona merah menahan marah.Aku berlalu meninggalkan ruangan itu dengan hati puas.Nak kenakan orang konon.Tak pasal-pasal suruh aku buat kopi untuk dia.Ambik kau!

“kau kenapa aiman?tak pasal-pasal mintak dia buat air.Bila dia dah buat kau complain.”soal hafizi.dia hairan dengan sifat temannya itu.
“aku nak kenakan dia.Tapi balik-balik,dia pulak kenakan aku.Geram betul aku.”ngomel darwish geram.Hafizi yang mendengar tiba-tiba ketawa.
“kau pun satu.Asyik nak kenakan orang je.”ujar hafizi sambil mengeleng kepala.Darwish yang geram kerana rancangannya tidak berhasil hanya mendiamkan diri.Aku takkan putus asa eris!getus hatinya.