Tuesday, December 14, 2010

RATU CINTA KILAT


RAtU cInTa KiLaT
Farah merupakan seorang gadis yang berumur 17 tahun namun dia sudah berjiwa matang seperti wanita yang lain.Farah merupakan seorang anak tunggal.Dia juga tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu kerana selepas dia dilahirkan,ibu dan ayahnya bercerai.Farah tetap tabah menempuh segala ranjau yang datang dalam hidup.Ben seorang jejaka yang tidak kurang kacaknya merupakan kawan Farah yang paling rapat.Mereka telah di besarkan bersama-sama.Mereka juga mempunyai seorang rakan iaitu Aldi,namun Aldi telah ke luar Negara kerana mengikut ayahnya yang bekerja di sana.Farah merupakan seorang gadis yang berjiwa lembut dan senang untuk jatuh cinta.Sebagai seorang sahabat,Ben akan selalu menolong Farah apabila dia memerlukan bantuan.
‘’Ben, kau tolonglah aku’’.Ben sengaja tidak menghiraukan Farah walaupun beberapa kali dia di panggil.
‘’Kenapa pulak dengan kau kali Ni Farah?’’
‘’Aku suka dekat Adit, kau boleh aturkan date aku dengan dia tak?’’
‘’Kau ni Farah,pantang tengok lelaki.Ada je yang kau berkenan’’.
‘’Ala Ben,tolonglah.Kita dah lama kawan,takkan hal macam ni pun kau tak boleh tolong’’.
‘’Bukannya aku tak pernah tolong kau Farah.Selama ni,aku selalu je aturkan date kau dengan lelaki yang kau suka tapi tak satu pun bertahan lama  dengan kau.Malu lah aku’’.
‘’Nak malu buat apa?bukan kau yang pergi date pun.Entah-entah kau jealous kan?Aku pun hairan dengan kau ni,kenapa tak ada teman wanita lagi sampai sekarang.Nak kata tak kacak,kacak pulak aku tengok.Tapi ada perempuan nak kat kau,kau tak layan pulak’’.Farah mengomeli Ben.namun tidak diendahkan.Ben tahu hatinya belum terbuka untuk perempuan mana pun setakat ini.Farah adalah satu-satunya kawan perempuannya,itu pun kerana mereka sudah lama bersahabat.Dia sangat menyenangi sikap Farah yang lembut dan mudah tersentuh.Sebab itu,dia hanya berteman dengan Farah.Meskipun teman-teman lelaki ada yang memperlinya tapi dia hanya buat endah tak endah.
‘’Oi Ben.Kenapa senyum-senyum ni?’’Sergahan Farah membuatkan Ben tersenyum malu disamping mukanya yang kemerahan-merahan.Disebabkan senyuman itulah ramai yang menyukai Ben.Farah akui Ben seorang yang baik dan penyayang.Dialah yang selalu menjadi pelindung kepada Farah.Dia juga hairan dengan dirinya kerana tidak menyukai lelaki sebaik Ben padahal ramai yang iri hati dengannya kerana berpeluang menjadi rakan kepada Ben malah ada juga yang mengganggap mereka sepasang kekasih.Beberapa kali juga Farah memberitahu Ben akan semua ini namun bagi Ben,dia tidak peduli apa pun tanggapan orang terhadapnya.Sikapnya seperti itu juga yang membuatkan Farah mengaguminya.
‘’Farah,tadi kau cakap aku senyum-senyum.Ni dia pulak yang senyum-senyum’’.Ben memperli Farah yang sedang asyik mengelamun.
‘’Eh,mana ada.Aku biasa je.Jom lah pergi sekolah.Dah lewat ni.Nanti tak pasal-pasal kena panjat pagar lagi.Tak nak aku kantoi dengan cikgu disiplin’’.
‘’A’ah kan.Jom lah’’.
Mereka menaiki kereta yang dipandu oleh Ben.Mereka masuk ke perkarangan sekolah dengan hati yang lega kerana mereka belum terlewat.Meskipun begitu,mereka terus  menuju ke kelas masing-masing dengan  keadaan yang kelam-kabut.Setibanya Farah di pintu kelas,dia telah terlanggar seorang lelaki yang juga ingin masuk ke kelas pada waktu itu.Farah hampir terjatuh namun sempat disambut oleh lelaki itu.Farah terpana seketika apabila dia melihat lelaki yang berhidung mancung itu.
‘’Maaf,tak sengaja’’.Ujar Farah sebaik sahaja lelaki itu melepaskan sambutannya.
‘’Tak apa.Saya yang patut mintak maaf sebab langgar awak’’.Senyuman lelaki itu ternyata telah mencairkan hati Farah.
‘’Erm,saya Farah.Awak?’’
‘’Saya Taufiq.Saya pelajar baru kat sini.Awak budak  kelas ni ke?’’
‘’Ya,saya memang budak kelas ni.Gembira dapat jumpa awak.Jom masuk kelas.Loceng dah berbunyi dah’’.Mereka beriringan masuk kelas dan memulakan pelajaran mereka kerana cik Fatin sudah masuk.Apabila selesai kelas,Farah dan Taufiq sama-sama ke kantin.Ben pergi ke kelas Farah untuk mengajaknya pergi makan bersama namun hampa kerana dia melihat  bahawa Farah menuju ke kantin dengan Taufiq.Tiba-tiba ada satu perasaan menyelinap le hatinya.Dia juga tidak tahu apa rasa itu tapi yang jelas dia tidak suka melihat Farah dengan lelaki itu.Dia menghampiri Farah yang sedang rancak berbual dengan Taufiq.
‘’Farah,kenapa kau tak cakap yang kau rehat dengan dia?’’Ben menunjukkan jarinya ke arah Taufiq yang sedikit kaget disergah begitu.
‘’Maaf,aku lupa lah Ben.Maaf sangat-sangat’’.
‘’Mari lah join kami’’.Taufiq cuba mempelawa Ben.Dia juga tidak senang hati melihat sikap Ben seperti itu.
‘’Tak apa lah.Aku tak ada selera nak makan’’.Ben berlalu meninggalkan Farah dan Taufiq dengan perasaan yang amat geram.Sepanjang pelajaran Ben tidak dapat menumpukan perhatian.Dia hanya mengingati Farah yang begitu mesra dengan Taufiq sewaktu rehat tadi.Entah mengapa dia menjadi seperti itu padahal sebelum ini dia tidak pernah rasa marah apabila Farah mendekati lelaki lain.Sebaik sahaja loceng berbunyi,dia bergegas ke kelas Farah untuk mengajak Farah pulang bersamanya.Namun Farah sudah tidak ada di kelasnya.Menurut rakan sekelas Farah,Taufiq telah mengajak Farah untuk pulang bersamanya.Ini dapat menimbulkan lagi kemarahan Ben terhadap Taufiq.
‘’Farah,Farah’’.Teriak Ben sebaik sahaja masuk ke halaman rumah Farah.
‘’Kenapa kau jerit-jerit ni Ben?’’Farah bertanya dengan nada kelam kabut.
‘’Kenapa dengan kau lah.Balik tak bagitahu aku.Selama ni kita selalu balik sama-sama.Tapi hari ini kau balik dengan dia pulak.Dah lah tak beritahu aku dulu’’.
‘’Oh balik dengan Taufiq?dia yang ajak aku balik dengan dia.Aku suka kat dia.Dia baik,handsome lagi’’.
‘’Kau ni Farah.Langsung tak fikir perasaan aku kan.Lain kali nak balik dulu tu beritahu awal-awal.Tak payah lah aku tunggu kau’’.
‘’Okey-okey.Aku janji lain kali aku beritahu kau dulu’’.
‘’Tak apa lah.Jom kita pergi makan.Laparlah’’.
‘’Ala Ben,aku ada ‘date’ dengan Taufiq lah.Kau pergi sorang lah ek.Eh,aku nak siap-siap dulu ni’’.Farah berlalu masuk ke dalam rumah meskipun Ben masih ingin berkata sesuatu.Tindakan Farah seperti itu menjadikan Ben geram lantas menumbuk dinding di situ.Tangan berdarah namun tidak separah hatinya.Semenjak pulang dari rumah Farah,Ben hanya mengurung diri di dalam kamarnya.Panggilan Bibik tiada sahutan.Dia juga hairan dengan dirinya hari ini.Entah mengapa dia begitu marah.Padahal selama ini dia Farah juga sering jatuh cinta dan rapat dengan lelaki lain selain dia.Dia menyembamkan mukanya atas katil.
Keesokan harinya,dia membuat keputusan untuk pergi ke sekolah sendirian.Dia tahu Farah pasti sudah diambil oleh Taufiq.Dia tidak mahu bertindak bodoh seperti semalam lagi.Setibanya dia di sekolah,dia terus ke kelas.Dan pada masa itu juga Taufiq memanggil namanya.
‘’Ben,tunggu dulu’’.
‘’Ada apa?’’
‘’Farah mana?aku nak cakap dengan dia dan nak jelaskan semuanya’’.Soalannya menghairankan Ben.
‘’Bukan ke dia ada dengan kau?buat apa kau tanya aku pulak’’.
‘’Ben,Farah tak ada dengan aku.Aku tanya kau ni pun sebab Farah tak datang sekolah.Mungkin dia masih marahkan aku’’.Ben semakin hairan dengan apa yang cuba disampaikan oleh Taufiq namun dia berlagak tahu.
‘’Aku tak tahu Farah kat mana.Dia tak datang dengan aku pun tadi.Dah lah,malas aku masuk campur hal korang’’.Ben berlalu masuk ke dalam kelas dengan rasa  yang pelik.Setahunya semalam Farah keluar dengan Taufiq dan mereka berdua kelihatan mesra.Namun hari ini tiba-tiba Farah tidak datang sekolah dan Taufiq mencarinya.’Sebenarnya kenapa dengan mereka berdua?’.Persoalan yang harus ditanyakan sendiri kepada Farah.Tanpa pamitan,Ben melulu keluar dari kelas dan tidak menghiraukan  gurunya sedang mengajar.Teman-temannya kaget dengan tindakan Ben.Setibanya Ben di rumah Farah,dia mengetuk pintu dengan kuat.Tindakan Ben mengejutkan pembantu rumah Farah.
‘’Ada apa Encik Ben?’’
‘’Farah ada tak?’’
‘’Cik Farah ada di atas.Dalam kamarnya.Silakan naik’’.Mak Munah mempersilakan Ben untuk naik ke atas kerana dia sudah lama mengenali Ben.Ben berlalu ke bilik Farah dan terus masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.Dari jauh Ben melihat Farah yang sedang menangis teresak-esak di tepi balkoni biliknya.Dia segera mendapatkan Farah.
‘’Farah,kau kenapa?’’Risau juga dia melihat gadis cilik di hadapannya itu.
‘’Aku kecewa dengan Taufiq.Aku suka dekat dia,tapi sebenarnya dia dah ada girlfriend.Semalam dia ajak aku keluar untuk kenalkan aku dengan girlfried dia.Aku kecewa Ben’’.Farah menceritakan hal yang sebenar kepada Ben sambil menangis.
‘’Farah,kau yang salah dalam hal ni.Kau baru je kenal dengan dia tapi dah jatuh cinta.Sepatutnya kau selidik dulu dia dah ada kekasih ke belum.Sekarang ni kau jugak yang kecewan kan?’’Farah akui segala yang dikatakan oleh Ben ada benarnya juga.
‘’Aku tahu aku salah.Tapi aku memang dah jatuh cinta kat dia.Nak buat macam mana lagi’’.
‘’Farah,sebenarnya kau tak faham dengan hati kau sendiri.Ni bukan dinamakan cinta Farah.Cinta itu perlu masa.Kita harus mengenali orang yang kita cintai dengan masa yang lebih lama.Baru kita boleh buat keputusan’’.Ben meluahkan segala pendapat yang dirasakan benar.
‘’Terima kasih Ben.Kau memang kawan yang baik.Aku tak tahu macam mana aku nak hadapi semua ni kalau kau tak ada disamping aku’’.
‘’Aku akan selalu ada bila kau perlukan aku.Percayalah.’’Ben menyapu air mata yang menitis di pipi Farah.Dia tidak mahu Farah bersedih lagi.Farah percaya bahawa Ben sebenarnya seorang yang romantik.Tapi kenapa Ben tidak pernah membuka hatinya untuk wanita.Alangkah beruntungnya andai sesiapa yang berjaya mencuri hati kawannya itu.Dia memerhatikan Ben yang sebenarnya amat segak.Apatah lagi dengan penampilannya yang begitu bergaya.
‘’Oi Farah.Kenapa tengok aku macam tu?aku tahu lah aku ni handsome,tapi jangan lah tengok macam tu’’.Ucap Ben dengan nada gurauan namun Farah masih lagi tidak berganjak daripada memerhatikannya.Hati Ben menjadi gementar.Tidak keruan apabila Farah melihatnya seperti itu.Mata mereka bersatu dan membuahkan perasaan yang sama sekali tidak di duga.Mereka tidak pasti akan rasa yang baru menyelinap masuk ke dalam hati mereka.Mereka berdua bagai berada di alam mereka sendiri.Cuma mereka berdua.
‘’Maaf Cik Farah,Encik Ben.Makan tengahari dah siap.Marilah turun makan’’.Suara mak Munah membuatkan mereka kembali ke alam realiti.Mereka cuba menutup perasaan malu dalam diri mereka dan berlagak selamba.
‘’Ya lah Mak Munah.Nanti kami turun’’.Ben bersuara supaya Mak Munah tidak menunggu lebih lama di situ.
‘’Jomlah’’.Ajak Farah meskipun masih lagi berasa  malu terhadap Ben dengan kejadian tadi.
Semenjak Ben meminta diri untuk pulang setelah selesai makan tengahari,Farah kembali mengurung diri di kamarnya.Tapi perasaannya sudah tidak seperti tadi lagi.Dia kini kembali ceria.Dia juga hairan dengan perasaannya sendiri.Selama berbelas-belas tahun berkawan dengan Ben,baru sekarang dia dapat merasakan suatu perasaan yang sangat ganjil untuk gadis seperti dia.Dia cuba untuk merungkai apakah rasa yang dia alami.Tapi apa yang penting,dia sangat menyenangi perasaan itu.
Keesokan harinya Farah dan Ben berangkat ke sekolah bersama-sama.Mereka masih belum yakin akan perasaan mereka.Jalan yang terbaik bagi mereka adalah berdiam diri.Sepanjang perjalanan ke sekolah,tiada sepatah pun perkataan yang diucapkan oleh Farah mahupun Ben.Setibanya mereka di sekolah,mereka terdengar seseorang memanggil mereka berdua.
‘’Ben,Farah’’.Suara yang masih kurang jelas siapa pemiliknya namun Ben dan Farah tetap berpaling pada arah suara itu.
‘’Aldi’’.Mereka berkata serentak sambil tersenyum ke arah temannya yang sudah sekian lamanya tidak bertemu.
‘’Ya,aku Aldi.Kenapa terkejut ke?’’Aldi ketawa melihat reaksi mereka yang kelihatan seperti sangat kaget melihat dia disitu.
‘’Terkejut lah.Dah lama kan kita tak jumpa’’.Ben hanya mengangguk setelah mendengar kata-kata Farah.
‘’Memang dah lama sangat.Aku rindu korang.Terutama kat Farah.Kau dah makin cantik sekarang’’.Farah hanya tersipu malu mendengar pujian Aldi tetapi bagi Ben,dia tidak menyenangi perkataan yang keluar dari mulut Aldi.Dia tahu perasaannya pada Farah namun dia masih belum berani untuk mengungkapkannya.Dia bimbang kehadiran Aldi akan membuat hubungannya dengan Farah renggang.Dia juga cemburu terhadap rakannya itu.
‘’Farah,aku belikan air untuk kau eh’’.Ben sengaja mengalih perhatian Farah.
‘’Tak apa Ben,biar aku yang belikan.Kau masih suka jus tembikai ke Farah?’’Aldi juga tidak ingin kalah dengan Ben,dia juga sudah mula jatuh hati dengan keayuan Farah.
‘’A’ah.Tolong belikan ek Aldi.’’Aldi berlalu pergi.Ben sangat kesal dengan apa yang berlaku.Dia sudah dapat menyangka bahawa semua ini pasti akan terjadi.
‘’Kenapa dengan kau Ben?’’Farah dapat melihat reaksi Ben sperti tidak menyenangi kehadiran Aldi.
‘’Tak ada apa lah.Aku biasa macam ni kan’’.
‘’Kau tak suka ke aku baik dengan Aldi?’’
‘’Eh,tu hak kau kan nak baik dengan siapa-siapa pun yang kau suka.Aku tak ada hak nak larang kau’’.Ben berlalu meninggalkan Farah tanpa pamitan.Suara Ben yang meninggi sangat mengejutkan Farah.Dia hairan dengan sikap Ben.Setahu Farah,Aldi juga merupakan teman rapatnya.Tapi kenapa Ben seperti tidak suka akan kehadiran Aldi?.Semenjak kehadiran Aldi,hubungan Ben dan Farah tidak lagi semesra dulu.Masing-masing jarang berjumpa.Namun mereka akui perasaan rindu hadir dalam diri mereka untuk saling bertemu dan mengembalikan hubungan mereka seperti dulu.Aldi meminta untuk bertemu dengan Ben untuk menghuraikan semua kekusutan yang melanda hubungan mereka.Mereka berdua memilih untuk berjumpa di taman supaya tidak diketahui oleh Farah.Pada awalnya Ben tidak mahu untuk berjumpa dengan Aldi kerana malas untuk membahaskan soal itu namun akhirnya Ben terpaksa akur dengan ajakan Aldi terhadapnya.
‘’Ada apa kau nak jumpa aku?’’Ben memulakan bicara.
‘’Kenapa kau dah tak macam dulu Ben?Kau dah macam tak hargai persahabatan kita.Apa yang dah aku lakukan pada kau?Tolong jangan buat semua ni tambah rumit Ben’’.
‘’Aku tak faham apa yang kau cuba sampaikan.Terus-terang jelah’’.Ben cuba berdalih.
‘’Ben,sebenarnya kau ada hati kat Farah kan?Sebab tu kau takut aku rampas dia daripada kau.Tapi,memang betul aku kembali untuk merebut hati Farah.Dari kecil Farah akan selalu lebihkan kau dari aku.Aku akui aku cemburu dengan kau.Jadi sekarang dah tiba masanya kita bagi Farah buat keputusan siapa yang akan dia pilih.Aku hanya nak kita bersaing cara adil’’.
Ben hanya diam mendengar ucapan Aldi.Dia sendiri tidak tahu apa isi hatinya,tapi bagaimanakah Aldi boleh mengetahuinya?.Ben hanya membiarkan Aldi menghabiskan kata-katanya.Sungguh Ben sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa.Mulutnya terasa berat tiba-tiba untuk mempertahankan dirinya.Dia hanya tertunduk bisu.
‘’Ben,aku tahu kau sukakan Farah.Tapi aku tak nak biarkan Farah terlepas macam tu je dari aku.Aku harap kau faham.Walaupun kita dah lama berkawan tapi soal hati dan perasaan,aku tak dapat nak berkompromi.Aku juga yakin Farah akan suka kat aku.Sebab sekarang kami dah makin rapat dan sebentar lagi Farah akan jadi girlfriend aku’’.Aldi ketawa dengan perasaan bangga.Dia sangat yakin dengan kata-katanya.Dia  juga yakin akan mampu mendapatkan hati Farah seperti yang dia inginkan.
‘’Terpulanglah pada kau.Aku tak nak bersaing dengan kau Aldi’’.
‘’Kau takut kau akan kalah?Tapi memang kau akan kalah.Kau takkan pernah dapatkan cinta Farah.Tak lama lagi ada olahraga di sekolah dan seperti biasa Farah akan jadi olahragawati setiap tahun di sekolah kita. Aku nak kita bertaruh.Siapa yang menang akan menjadi kekasih Farah dan yang kalah,harus berundur.Okey?’’Aldi menghulur tangannya kepada Ben sebagai tanda setuju.
‘’Okey.Siapa takut’’.Ben menyambut huluran tangan Aldi dengan perasaan berdebar-debar.Namun sebagai lelaki,dia harus berani untuk menyahut cabaran.Apatah lagi semua itu untuk Farah.Ben melangkah pergi dengan perasaan yang gelisah.Dia memaki dirinya sendiri kerana terlalu bodoh untuk menerima pertaruhan itu.Dia juga takut akan kalah ditangan Aldi.
Farah mengeluh kecil sebaik sahaja dia membukakan matanya.Dia berasa malas untuk ke sekolah kebelakangan ini.Dia sendiri tidak tahu kenapa.Jika dulu,Ben selalu menjemput dan menghantarnya ketika pergi dan pulang,tapi sekarang tugas itu sudah menjadi tugas Aldi.Dia sendiri agak rinas dengan sikap Aldi yang begitu ambil berat terhadapnya.Yang jelas,Aldi tidak seperti Ben.Dia amat merindukan detik-detik bersama Ben sebelum kehadiran Aldi.
‘’Apa?Bertaruh?’’.Farah sangat terkejut mendengar dia dijadikan bahan untuk bertaruh.
‘’Bukan macam tu Farah.Sebenarnya Ben suka kat kau.Tapi aku pun suka kat kau.Jadi kita taruhan.Siapa yang dapat jadi olahragawan nanti akan jadi kekasih kau.Cuma itu je.Janganlah marah’’.Aldi cuba menjelaskan segalanya kepada Farah untuk mengelakkan gadis itu marah.
‘’Aldi,kau tahu kan dari kecil Ben tak pernah bersukan.Dia tak sekuat kau yang dah memang pernah bersukan dari dulu lagi.Ni tak adil untuk Ben’’.
‘’Kau suka kat dia ke Farah?’’
‘’Bukan,tak.Aku Cuma tak nak korang buat semua ni demi aku.Korang dah kawan dari kecil lagi.Aku tak nak kau dan Ben bergaduh’’.
‘’Kami tak gaduh.Kami Cuma bersaing dengan sihat.Dan kau pasti tak nak hampakan salah seorang daripada kami kan?So,dengan cara ni lah kau dapat memilih salah seorang daripada kami’’.
‘’Terserah pada kau’’.Farah berlalu meninggalkan Aldi dengan perasaan geram.Baginya,Aldi Cuma ingin mengambil kesempatan di atas kekurangan Ben.Dia harus berbicara dengan Ben.Dia segera melangkah ke kelas Ben.Tanpa pedulikan sesiapa,dia meluru masuk ke tempat duduk Ben dan menarik lengan Ben keluar dari kelas.Ben terkejut dengan tindakan Farah.
‘’Farah,kenapa dengan kau ni?’’
‘’Ben,aku tak nak kau bertaruh dengan Aldi.Ni semua kerja gila lah Ben.Tolonglah jangan layan sikap gila Aldi tu’’.
‘’Farah,aku buat semua ni sebab aku tak nak diri aku di hina oleh Aldi.Dia sengaja lakukan semua ni untuk mencabar ego aku.Dan kau patut tahu,sebagai lelaki aku memang tak suka di cabar’’.Ben sengaja berbohong kepada Farah tentang alasan dia melakukan semua ini.Dia malu untuk mengakui perasaannya terhadap Farah.Namun bagi Farah pula,dia ingin mendengar sejauh manakah kebenaran kata-kata Aldi tentang perasaan Ben terhadapnya.
‘’Terpulanglah pada kau Ben.Aku Cuma nasihat je.Semuanya ditangan kau.Aku Cuma berharap kau tak kan putus asa.Terus berusaha demi tujuan kau yang sebenar.Aku tetap sokong kau Ben’’.Farah terus berlalu meninggalkan Ben dengan perasaan kecewa.Bukan jawapan itu yang dia ingin dengar daripada mulut Ben tapi kejujuran perasaan Ben terhadapnya.Namun dia akur akan kehendak Ben.Mungkin ini bukan masanya untuk dia meluahkan segalanya.
Seperti yang sudah dijangkakan,Farah memenangi anugerah olahragawati di sekolahnya dan pemenang bagi anugerah olahragawan ialah Aldi.Aldi berasa amat bangga kerana berjaya mengalahkan Ben.Ben kecewa terhadap dirinya kerana dia tidak mampu untuk memperoleh anugerah itu.Namun bagi Farah,dia sudah menduga semua ini akan terjadi.Dia tahu Aldi sengaja memanfaatkan kelebihan yang dia ada untuk mengalahkan Ben.Dia tahu Ben sangat kecewa dengan kekalahannya.Dia  mencari Ben yang dari tadi tidak kelihatan.Seperti selalu,jika Ben kecewa pasti dia akan naik ke atas lonteng bangunan untuk melihat keindahan sekaligus menghilangkan tekanan.Tempat itu hanya Farah dan Ben yang tahu.Farah segera mendapatkan Ben yang kelihatan muram.
‘’Ben,jangan sedih.Kita semua tahu Aldi memang jaguh dalam olahraga.Lagipun dia sengaja memanfaatkan kau’’.
‘’Aku bukan sedih Aldi menang Farah.Tapi aku sedih sebab aku tak boleh buktikan kesungguhan aku’’.Farah tersenyum memandang Ben yang masih kelihatan kacak walaupun sedih.Farah menunjukkan tulisan di bajunya kepada Ben.’The True Fighter Is You’.
‘’The True Fighter ialah kau Ben.Sebab kau tak pernah memanfaatkan kekurangan orang lain untuk kepentingan kau.Aku bangga dengan kau’’.Senyuman Farah mampu menghilangkan segala kesedihan di hati Ben.Akhirnya mereka bersatu meskipun masing-masing belum meluahkan,namun mereka sedar akan perasaan mereka berdua.
TAMAT…
P/S:jln cerita cerpen ini sedikit sebyk telah di ubah daripada cerita asalnya iaitu RATU CINTA KILAT lakonan NIKITA WILLY DAN RICKY HARUN.Cerpen ini ditukar kepada Bahasa Melayu hanya untuk  hiburan semata-mata.hahaha…Sebenarnya cerita yang sebenar lebih bagus dari cerpen ini.

Yang benar,
Norhadiana mohamad