Saturday, December 25, 2010

bab 4 suratan atau kebetulan


“eris,eris.”panggil Ical sewaktu aku berada di kantin.Dia kelihatan tercungkap-cungkap macam baru sudah berlari.
“ada apa ni Ical?berlari macam baru lepas tengok hantu.”tanyaku.
“eris,aku dapat tahu yang darwish tu anti perempuan.”rupanya itu yang membuatkan ical menjadi kelam kabut.
“ical,ical.Sampai mcam tu sekali kau cari tahu kelemahan dia?”aku ketawa kecil melihat kesungguhan Ical.Ical mengangguk laju.
“dah kau suruh.Aku buat lah.”ujarnya.
“memanglah aku suruh,tapi jangan lah sampai macam ni.Kelam kabut semacam.Ingat ical,dia bukan penting sangat pun.”ujarku sambil ketawa.
“sekali sekala semangat.”
“okey,berbalik pada rancangan kita.Kau tahu apa nak buatkan ical?”tanyaku sambil memandangnya.Ical tersenyum nakal,tanda dia sudah tahu semuanya.
“sip,kita mulakan rancangan kita.”Aku dan ical akan mulakan rancangan itu.
Keesokan harinya,pelajar paling cantik di sekolah mencari darwish.Tasya,gadis cantik tapi gedik dan sombong.Kali ini plan aku turut membabitkannya.Kerana aku tahu dia meminati darwish sewaktu kali pertama darwish masuk ke kelasku.Maklumat itu diberikan oleh Ical dan Rita.Aku harus akui darwish memang kacak.Mukanya yang ala-ala marcell Darwin itu telah memikat hati tasya.Namun,sikapnya yang berlagak itu membuatkan tasya tidak berani mencuba mendekatinya.Aku hanya memerhati dari jauh gelagat mereka.
“hai darwish.”Ujar tasya dengan nada menggoda apabila berada di depan darwish.Aku melihat darwish yang terkejut dengan kehadiran tasya.
“apa hal ni tergedik-gedik?”soalan darwish membuatkan semua pelajar ketawa.Apa tidaknya,mereka menjadi tontonan ramai pelajar yang berada di situ.Dan tindakan tasya yang ingin menggoda darwish menjadi bahan lucu untuk mereka ketawa.
“saya suka awak darwish.Saya tahu awak pun suka saya.Semalam awak tulis surat dan hantar bunga pada saya kan?”kata-kata tasya memberi kejutan pada semua.Terutama pada darwish.Kerana setahu pelajar di kelas itu,darwish tidak suka mendekati perempuan.Aku dan Ical hanya tersengih.
“apa kau merepek ni?bila masa pulak aku hantar surat pada kau?”Tanya darwish pelik dengan kejadian itu.
“dasar lelaki,depan orang pura-pura tak tahu pulak.”marah tasya.
“eh,cakap tu baik-baik sikit.Kau yang tergedik kat sini.Nak tuduh aku pulak.”bentak darwish.
“eh,korang semua.Darwish ni memang hantar surat dan bunga pada aku semalam.Tengok sekarang dah tak nak mengaku.”ujar tasya sambil menunjukkan surat itu kepada semua pelajar kelas itu.Perbuatan tasya itu mengundang rasa malu darwish.Sekarang pelajar masing-masing memandang kea rah darwish.Tanda tidak menyukai sifat lelaki itu.
“eh,korang jangan salah faham.Aku tak pernah hantar surat tu.”darwish menjelaskan semuanya.
“dah lah darwish.Hipokrit.Tak suka perempuan konon.Menyesal aku dengar cakap kau dulu.”sindir Aril yang merupakan kawan kepada darwish.
“tu lah,berlagak sangat.Menyampah betul.”kata Alia.Keadaan  kelas menjadi bingit kerana masalah itu.Aku dan Ical mendiamkan diri.Rasa kesal menjelma dalam diri.Setelah tasya berlalu,aku melihat ical bingkas bangun dari tempat duduknya.
“korang,jangan salahkan darwish.Aku yang rancang semua ni nak kenakan dia.”aku terkejut mendengar ucapan Ical.
“Eh ical,bukan ke darwish ni yang buat kau kena lapor diri?kenapa kau nak bela dia?kalau aku jadi kau lah ical,tak nak aku bela dia.”cemuh aril.Aku memandang darwish yang menunduk dari tadi.
“tapi apa yang aku cakap betul.Memang aku yang rancang semua ni.”pengakuan jujur dari Ical.
“argh,kami tak percaya.Sebab tulisan dalam surat tu memang tulisan darwish.”aril masih tidak percaya.Kelihatan cikgu Balqis menuju ke kelas.Semua pelajar telah kembali ke tempat masing-masing kecuali Ical dan Darwish.Aku melihat darwish mengenggam jarinya.Risau juga aku melihat mereka berdua disitu.Aku menghampiri mereka berdua sebelum mereka melakukan adegan Jackie chan lagi.
“ical,duduk tempat lah”.Bisik ku ke telinga Ical.Namun dia masih tidak berganjak.
“ical,kalau kau kawan aku.kau duduk sekarang.”ujar ku dengan tegas setelah melihat mereka semakin dekat.Ical memandang ke  arahku sebelum duduk di tempatnya.Aku sedikit lega.Darwish meminta izin cikgu balqis untuk keluar sebentar.Aku yakin darwish akan semakin marah pada Ical.Kenapalah kawan aku ni lembap sangat pergi terus-terang!ngomelku sendiri.Sebaik sahaja kelas selesai,aku berlari mendapatkan ical yang terlebih dulu meninggalkan aku.
“Ical,tunggu.”panggilku.Ical menghentikan langkahnya.
“ical,kenapa kau buat semua ni?”soalku lembut.Tidak pernah aku selembut itu dengannya.
“aku tak sanggup tengok dia kena cemuh dengan budak kelas kita ris.Kesian.”nada ical kedengaran sayu.Aku menariknya untuk duduk dibangku berhampiran taman sekolah.
“ical,memang betul kau kesian kan dia.Tapi perlu ke kau mengaku kau yang rancang?setidaknya,kau pertahankan dia pun dah cukup.Tengok sekarang,dia bukannya nak baik dengan kau.Tambah marah ada lah.Ical,ical.”aku mengeluh panjang.Rancanganku tidak menjadi.Lembut juga hati si ical ni.Aku perempuan pun tak de kesan  tengok dia kena cemuh!
“entahlah ris.Tu je aku mampu.”
“erm,dah lah cal.Yang penting sekarang kita tumpukan pada exam.Exam  tinggal seminggu je lagi.”nasihatku.
“thanks ris.Kau dah ingatkan aku.Kalau tak,aku fikirkan masalah ni terus.”Ical sudah mula senyum.
‘’no hal.”aku menepuk bahu ical.Sememangnya aku tidak suka melihat dia bersedih.Kerana dari kecil lagi,kami sudah berteman.Tidak pernah menyakiti satu sama lain.Aku juga pening memikirkan tindakan darwish lagi.Aku yakin dia tidak akan biarkan saja semua ni.Dia pasti akan balas dendam.
Semenjak hari itu,Darwish  hanya mendiamkan diri di tempatnya.Dia tidak lagi mempunyai kawan.Entah kenapa semua orang memboikotnya.Padahal Ical telah menerangkan semuanya pada mereka.Pada hari peperiksaan juga,dia lebih memilih untuk bersendirian.Tidak seperti orang lain yang belajar bersama-sama kawannya.
Akhirnya peperiksaan berakhir juga,aku,Ical dan rita sangat gembira kerana apa yang kami belajar semasa di sekolah telah sampai ke penghujungnya.segala penat lelah kami berbaloi kerana kami dapat menjawab soalan dengan baik.Sekarang,kami hanya perlu menunggu keputusan peperiksaan.Kami telah merancang untuk masuk ke university yang sama setelah keputusan SPM dikeluarkan nanti.Berakhirnya peperiksaan bukan bererti berakhirnya perbalahan antara ical,aku dan darwish..Semua orang meminta maaf sesama sendiri untuk meninggalkan sekolah dan rakan-rakan,tetapi kami memaling muka satu sama lain.Tidak berniat di hati  kami untuk menjernihkan hubungan.Ego masing-masing terlalu tinggi untuk mengalah..

No comments:

Post a Comment