Thursday, December 30, 2010

bab 14 suratan atau kebetulan

Aku memerhatikan sapu tangan yang darwish berikan tempoh hari.Sehingga hari ini,aku masih belum mengembalikan sapu tangan itu kepadanya.Aku mengamati tulisan yang tertera di situ.AIMAN DARWISH.Nama orang yang selalu membuat aku sakit hati selama ini.Tapi semenjak kebelakangan ini,aku merasa senang berjumpa dengannya.Tidak tahu apa yang sedang terjadi.Meskipun bayangan ical masih melekat dalam hatiku,namun aku yakin semua itu semakin lama semakin hilang.Sekarang,hanya bayangan darwish yang ada di lubuk hatiku.Seakan tidak percaya akan rasa ini,aku cuba menghindarkan diriku dari terus dibelenggu bayangannya namun semuanya ternyata hampa.
“oit,tengok apa tu?”kedatangan hafizi memeranjatkanku.
“encik fizi.terkejut saya.”aku menyorok sapu tangan itu dibawah meja.
“apa tu?”soal hafizi seperti tahu aku menyorokkan sesuatu.
“tak ada apa-apa.”jawabku ringkas.
“erm,kelmarin awak jumpa klien dengan aiman?”soalnya lagi.
“ya,aiman kata encik hafizi  yang suruh.”hafizi tersentak mendengar kata-kata itu.Namun dia hanya mendiamkan diri.
“oh ye ke?takpelah kalau macam tu.saya pergi dulu.”hafizi meminta diri untuk meninggalkanku.Aku kembali merenung sapu tangan itu.

 Hafizi yakin dia tidak salah lihat.Sapu tangan yang dia lihat tadi memang kepunyaan darwish.Tapi kenapa eris tenung sapu tangan tu sambil senyum-senyum?jangan-jangan dah timbul bibit-bibit cinta antara mereka!hafizi senyum sendiri.Dia yakin kalau firasatnya itu betul.Dia ingin melakukan sesuatu untuk membuktikan semua itu.Akhirnya dia mengukir senyuman lebar tanda sudah ada rancangan yang ingin dia lakukan.
“aiman,boleh aku masuk?”ujar hafizi sambil menolak pintu bilik darwish.
“masuk lah”.pelawa darwish dengan senyuman yang terukir di bibirnya.
“man,aku akan ke johor untuk beberapa hari.”ujar hafizi setelah mengambil tempat di hadapan darwish.
“ye?buat apa ke sana?”soal darwish.
“untuk tengok tapak projek.Sekaligus tenangkan fikiran.”
“oh,baguslah tu”.jawab darwish pendek sambil menyambung kerjanya.
“aku akan ajak eris pergi sekali.”tangan darwish tiba-tiba terhenti daripada menulis namun dia hanya tunduk membisu.
“man,kau dengar tak pe yang aku cakap ni?”
“ha?oh dengar.”akhirnya darwish bersuara.Dia kembali melakukan kerjanya.
“man,kau tak keberatan kan?”soal hafizi lagi.
“keberatan?kenapa pulak?”darwish berpura-pura tidak mengerti.
“sebab aku pergi dengan eris nanti?”hafizi ingin menduga.
“tak de maknalah fizi.Knapa aku nak keberatan.Terpulang lah pada kau nak pergi dengan sape-sape pun.”darwish jelas cemburu dengan apa yang hafizi katakan namun kerana egonya meninggi,dia pura-pura tak kisah.
“tak pe lah macam tu.Sebenarnya,aku nak lamar eris masa kat sana nanti.”darwish sekali lagi tersentak
“lamar?”soalnya kaget.
“ye,aku sebenarnya sukakan eris.Dah lama.Tapi aku tak berani nak luahkan.Sebenarnya dulu aku tak sedar orang yang aku suka dah ada depan mata.”hafizi sedikit tersenyum dengan kata-katanya.
“oh,teruskan usaha kau.”jawab darwish.Darahnya kini menyirap.Dia juga tidak pasti kenapa.Yang nyata dia cemburu mendengar semua itu.
“okeylah.Doakan aku ye.”hafizi bangun dari tempat duduknya untuk berlalu.darwish tidak menjawab.Dia hanya mengekori langkah hafizi dengan anak matanya.Setelah kelibat hafizi lenyap dari pintu,dia menubuk mejanya berulang kali.Kesal dengan semua yang terjadi.Kenapa hafizi juga sukakan eris?rungutnya didalam hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“eris.”panggil hafizi ketika aku lalu dihadapan biliknya.
“ya encik fizi.”
“saya nak awak ikut saya ke johor esok.”aku tersentak.
“kenapa encik fizi?”soalku untuk kepastian.
“saya nak lawat tapak disana.Saya nak awak ikut saya.Tu pun kalau awak tak keberatan”.ujar hafizi.
“saya tak keberatan.Saya ikut sahaja.”aku mengukir senyuman.
“okey,esok saya ambik awak kat rumah.Tak payah datang pejabat.”ujar hafizi.Aku hanya tersenyum kelat mendengar ucapan nya.Bermaknya,aku tak boleh jumpa darwish untuk beberapa harilah!desis hatiku.Aku mengeluh panjang.
“amboi,mengeluh panjang Nampak.Tak suka temankan saya ke?”
“eh,tak lah.Saya risaukan kerja saya yang masih banyak ni.”bohongku.
“takpe.nanti balik awak siapkanlah,.Kita Cuma pergi lima hari je.”
“lima hari?lamanya?”kataku tanpa sedar.
“aik,kenapa kalau lima hari?”
“ergh,maaf.Tak saya okey je.”.kami sama-sama melepaskan ketawa.
“ehem-ehem.”tiba-tiba kedengaran suara darwish.
“eh aiman.”hafizi berpaling ke  arah darwish.
“apa yang ketawa sangat ni?”Tanya darwish.
“tak de pape.Ni ha eris terkejut dengar pergi johor lima hari.”jelas hafizi.
“lima hari?lamanya?”darwish juga turut melontarkan ayat yang sama.Bagai sudah sepakat.Hafizi tersenyum.Bukan kerana sikap darwish yang terkejut,tapi ayat yang dikeluarkan sama persis.
“kau pun terkejut jugak ek man.Aku ingat eris je yang terkejut.Tapi yang aku pelik tu,ayat korang sama dowh”.hafizi ingin menduga kedua-duanya.Aku dan darwish hanya mampu berpandangan.Kelu lidah untuk membalas kata-kata hafizi.
“kebetulan je tu.”jawab aku selepas ada idea untuk menghindar dari telahan hafizi.
“a’ah.Semuanya sebab kebetulan kan?banyak kebetulan ni.”ujar hafizi sambil mengukir senyuman.
“ergh,aku mintak diri dulu lah man.Eris,saya mintak diri dulu.Jangan lupa esok ye.”sengaja hafizi menekankan ayat itu untuk melihat reaksi darwish.
“okey encik fizi.”jawabku ringkas.Hafizi meninggalkan aku dengan darwish disitu.Aku dan dia seperti orang yang baru bertemu.Tidak mengenali satu sama lain kerana masing-masing hanya mampu berdiri dan tidak mengeluarkan kata-kata.
“kau memang nak temankan hafizi ke?”soalan darwish mematikan kesunyian.
“ya.Dah tu yang dia minta.Sebagai bawahan,aku kena ikut jelah apa yang dia nak.”jawabku selamba cuba menyembunyikan kegelisahan hati.darwish sekadar mengangguk.Kami berpandangan seketika.
“darwish,ni sapu tangan yang kau berikan hari tu.Sorry lah lambat pulangkan.By the way thanks sebab bagi aku pinjam hari tu.”ujarku sambil menghulurkan sapu tangan itu kepadanya.
“welcome.Tak de hal  pun.Sebab kau nangis hari tu.Tu yang aku bagi.kalau tak,habis banjir kawasan tu.”sindirannya membuatkan aku ketawa.
“kau ni ada-ada je lah.Tak lah sampai banjir.Aduh.Okeylah,aku nak buat kerja aku dulu.”aku meminta diri untuk kembali ke bilikku.
“okey.”darwish juga turut berlalu meninggalkan tempat itu.

‘sekarang aku tambah yakin dengan dugaan ku man,eris.Aku akan pastikan ego korang untuk luahkan perasaan korang lenyap’hafizi yang tadi melihat percakapan itu berkata-kata sendiri…

 

No comments:

Post a Comment