Friday, December 31, 2010

bab 16 suratan atau kebetulan

darwish melemparkan batu-batu kecil yang ada di sekelilingnya ke dalam tasik.Fikirannya kini semakin berkecamuk.Masih terngiang-ngiang di telinganya hafizi memanggil eris ‘sayang’.Kelihatan mereka bahagia sangat!darwish mendengus.
“lemparlah batu tu jauh-jauh man”.kedengaran suara hafizi dibelakang.Darwish segera menoleh.
“kau fizi,buat pe kat sini?mana kau tahu aku ada kat sini.”Tanya darwish bertalu-talu.
aku cari kau lah kat sini.Kita kan pernah lepak kat sini time nak tenangkan hati.”
“oh,lupa lak kau tahu”.jawab darwish ringkas sambil memandang  semula ke  arah tasik.
“man,be honest lah.”hafizi menepuk bahu darwish.
“maksud kau?”
“aku mungkin baru je kenal kau kalau aku tak boleh perasan kau dah jatuh cinta”.darwish tersentak dengan kata-kata itu.
“aku tak faham apa yang cuba kau sampaikan”.dia pura-pura tidak faham.Hafizi tersenyum.
“man,kalau kau memang sukakan eris,jangan malu untuk luahkan.Jangan sebab ego kau yang meninggi tu halang untuk kau jatuh cinta.”
“merepek lah kau ni fizi.Aku tak sukakan dial ah”.
“buktikan aiman.Buktikan yang kau memang tak sukakan dia.aku nak kau jumpa eris,pandang mata dia,cakap kau memang tak sukakan dia.baru aku percaya.”
“apa yang terjadi pada kau ni fizi?bukan kau dan eris dah rasmi bercinta ke?”soal darwish.
“itu hanya lakonan man.Lakonan untuk melihat reaksi kau.Aku tak pernah cintakan eris.Tak terlintas untuk aku untuk menjadikan eris sebagai kekasih aku.”terang hafizi dengan panjang lebar.Berharap agar temannya itu mengerti niatnya.Darwish hanya membatu.
“man,tolonglah jangan macam ni.Mungkin bukan aku bukan betul-betul mencintainya.Tapi macam mana kalau ada orang lain yang sukakan dia?kau sanggup kehilangan dia?kalau aku tak sanggup man”.hafizi berkata lagi.
“aku malu fizi.Malu untuk luahkan.Aku takut dia akan ketawakan aku”.
“belum cuba belum tahu man.Aku tahu perasaan eris.Benar kata orang,jangan pernah terlintas dihati kita untuk membenci seseorang itu,kerana kelak mungkin kita akan menyayanginya.”darwish mengukir senyumannya setelah mendengar ucapan hafizi.
“aku akan cuba.Thanks friend.”darwish tersenyum lega,Dia yakin dengan perasaannya kali ini.Dia berlari meninggalkan hafizi yang masih kaku disitu melihat sikapnya.Lambat-lambat hafizi mengutum senyum.Runtuh jugak ego kau!desis hati kecilnya.

Suara darwish memanggil-manggil namaku membuatkan aku tidak sempat untuk menaiki bas.Dia kelihatan termengah-mengah seperti baru selesai olah raga.
“darwish..kau kenapa?”soalku sebaik sahaja dia menghampiri.
“eris,aku….”
“kau apa?”soal eris.
“aku cintakan kau.”ringkas dan penuh bermakna kata-kata darwish.Aku tersentak.Tidak percaya ucapan itu lahir dari bibirnya.
“aku tahu kau terkejut,tapi ini lah perasaan aku.Apa pun tanggapan kau pada aku,aku dah tak kisah.Sekarang ego aku tolak tepi.”
“darwish,kau sihat tak?”seakan tidak percaya,aku menyoalnya lagi.
“eris,kau ni aku serius.Tanya pulak aku sihat ke tak?kau ingat aku main-main ke?”darwish melenting.
“la,aku Tanya je.Takut kau tak sihat.”usikku
“tak pelah kalau kau tak leh nak terima apa yang aku ucapkan.”nadanya seperti merajuk.
“aik,merajuk pulak.”aku mencemik.
“mana ada aku merajuk.”dia memalingkan mukanya.comel pulak buat mcam tu!hati kecil ku berkata.
“darwish oh darwish.Kau tengok sapa tu?”aku sengaja memancingnya untuk bercakap.
“okey,kalau kau nak macam tu,aku balik jelah.Malas nak tunggu kau.”aku membuka langkahku untuk meninggalkannya.Namun dia segera menarikku.
“eh,janganlah balik dulu.Kau ni tak best ah.”aku kembali menoleh kepadanya.
“aku malas lah nak pujuk orang tua merajuk.Menyampah.”
“okey.aku tak merajuk.”dia akhirnya mengalah.Aku merenung anak matanya yang berwarna coklat itu.
“kenapa tenung aku macam tu?”ujar darwish malu.
“aku suka tengok mata kau yang coklat tu’’.ujarku.
“kau suka tengok mata aku?aku suka tengok hidung kau yang mancung tu.”dia membalas.
“kau suka tengok hidung aku?aku suka tengok bulu kening kau yang lebat tu’’.aku berkata lagi.
“kau suka tengok bulu mata aku?aku suka tengok kau senyum”.ujar darwish membalas.
“kau suka tengok aku senyum?aku suka tengok dagu kau yang terbelah tu.”balas aku lagi.Bila lah nak habis ni!aku tertanya dalam hati.
“kau suka tengok dagu aku?aku sukaaaaaaaaa sangat dekat kau?”balasnya lagi.
“kau sukaaaaaaaaaaaaa dekat aku?aku pun sukaaaaaaaaaaaaaaa sangat dekat kau.”Aku tersentak dengan kata-kataku.Darwish tersenyum puas.
“akhirnya eris.Kau ucap jugak ayat tu.”
“ish kau ni.Pancing emosi aku.Geramnya.”aku mencubit tangan darwish.
“aku tak pancing.Kau sendiri yang ucap.”darwish memecahkan tawanya.
“malu aku..”aku menutup muka dengan tapak tangan.
“kau tak payah nak malu lah.Jadi mcam aku ni,luah tak de rasa malu pun.Tak salahkan?aku lega sebab aku tak bertepuk sebelah tangan.”
“well,tu memang apa yang aku rasa.”aku sudah kehilangan kata-kata.hanya itu yang mampu aku ucapkan sekarang.kami sama-sama dibuai perasaan yang indah kini.
Perasaan aku sekarang tidak mampu untuk aku ungkapkan.Segalanya berlaku dengan pantas.Apa yang aku tahu adalah,aku dan darwish tidak seperti dulu lagi.Hatiku juga kembali berbunga riang kini.Segala yang pernah terjadi antara aku dan darwish dulu akan aku simpan sebagai salah satu sejarah indah dalam hidupku.Pertemuan untuk kali kedua ini ternyata lebih bermakna dalam hidupku.Mungkin ini satu kebetulan.Tapi apa yang lebih tepat lagi ialah suratan.Suratan yang telah ditetapkan untuk aku..

                                                                   TAMAT

No comments:

Post a Comment