Wednesday, December 29, 2010

bab 12 suratan atau kebetulan



aku diberi cuti selama beberapa hari sehinggalah luka ditanganku sembuh.Itu kemahuan hafizi.Namun setelah kesakitan di tanganku hilang,masih ada rasa sakit dan luka untuk diriku.Kali ini bukan secara fizikal tapi secara emosi.Perasaan aku terasa seperti di carik-carik mendengar berita tentang pernikahan ical dan rita.Begitu tergamaknya mereka tidak menjemputku..Bukan hanya tidak menjemput,malah memberi khabar juga tidak.Apa ertinya aku dimata mereka berdua selama ini?Perasaan aku tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.Sakit yang aku hadapi akibat jatuh masih belum setanding sakit yang aku alami kerana ini.patutlah beberapa hari ini ical tidak datang menjemputku.Bayangnya tidak kelihatan dan dia juga tidak menelefonku lagi.Apa dia sudah melupakan aku sebagai kawannya?aku meratap sendiri.
“eris,akak masuk boleh?”soal kak atia setelah aku membukakan pintu untuknya.
“masuklah kak”.
“ris,akak tahu eris sangat sedih dengan semua ni.Sebagai kawan,eris mesti rasa kecewa dengan ical dan rita.Tapi akak tak nak eris macam ni.Kalau dorang tak pernah fikirkan eris,kenapa eris harus sedih kerana mereka?”
“entahlah kak.Eris sedih dan kecewa sangat sebab dorang tak bagitahu eris tentang pernikahan dorang.Eris tak kisah kalau dorang tak nak eris datang.Tapi sekurang-kurangnya berilah khabar.Ical dah lama tak jumpa eris.Rita apatah lagi.Berita ni eris tahupun dari orang lain.Kenapa kak?”aku menangis teresak-esak di pelukan kak atia.
“sabarlah eris.Mungkin dorang ada sebab tersendiri kenapa tak beritahu eris.”.kak atia mencium dan mengeratkan pelukan.
“eris,akak Cuma nak tahu,adakah sebab dorang tak bagi tahu ,eris sedih atau ada sebab lain?”pertanyaan kak atia membuatkan aku tergamam.
“maksud akak?”
“eris,akak tahu perasaan eris.Eris sayangkan ical kan?sebab tu berita pernikahan ical dan rita ni membuatkan eris kecewa.Betul tak?”pertanyaan yang sama sekali tidak mampu untuk aku jawab.Mungkin betul kata kak atia.Semuanya memberi tamparan hebat untuk aku.Tapi apa betul juga sangkaan kak atia kalau aku menyayangi ical?aku sendiri tidak pasti akan perasaanku.Mungkin juga semua itu betul betul berlaku atau aku hanya menyayangi ical sebagai sahabat?aku hanya membiarkan kak atia menanti jawapan dariku.Biarlah hakikatnya hanya hatiku yang tahu.
“tak pelah kalau eris tak boleh jawab.tapi akak nasihatkan,teruskan kehidupan eris.Jangan fikir sangat semua ni.Eris masih ada kerjaya yang harus eris fikirkan.”aku mengangguk lemah.kak atia meninggalkan aku di bilik.
‘betul kata kak atia,aku kena tabah.Kerjaya aku lebih penting.Semoga kau berbahagia ical,rita’aku berkata-kata sendiri sambil menyeka airmataku dari terus mengalir.Aku harus kembali kepada diriku yang dulu.Tidak mudah cengeng dengan apa juga keadaan.Benar kata orang,kawan boleh datang dan juga pergi.Kita sendiri yang harus kuat untuk menerima kehilangannya.

Aku membuat keputusan untuk ke pejabat hari ini.Mesti banyak kerjaku yang terbengkalai disebabkan ‘cuti sakit’ yang diberikan selama dua hari padaku.Aku masuk ke pejabat dengan wajah yang ceria.Semangatku kini semakin berkobar-kobar untuk menyiapkan kerjaku.Tanpa mempedulikan keadaan disekiling,aku menuju ke bilikku sambil bernyanyi nyanyi kecil.Aku yakin pasti pekerja-pekerja disitu kehairanan melihat aku.Tapi apa boleh buat!semangat yang aku sendiri tidak tahu datangnya dari mana.Tanpa aku menyedari,ternyata ada sepasang anak mata yang sedang melihat ke arahku.
“eris,gembira Nampak.”tegur kimi ketika lalu di hadapan bilikku.
“ye lah kimi.Hari ni aku semangat nak kerja tau.”ujar aku sambil senyum kambing kepadanya.
“ye ke?baguslah tu.Agaknya selama 2 hari cuti ni banyak  hilangkan stress kau kot.”sangkal kimi.
“maybe.kimi,encik fizi ada?”Tanyaku mengalih topic perbualan.
“erm,ada kot.Cuba cari dekat bilik dia.Tadi dia ada masuk.Tapi aku tak tahu lah samada dia dah keluar ke belum.”jelasnya dengan panjang lebar.
“okey,aku pergi dulu ya’’.
“orait.”aku mnggerakkan kakiku untuk menuju kebilik hafizi.Namun ketukan pintu selama beberapa kali tidak di sahut.Mungkin dia dah keluar agaknya!desis hatiku.Aku melangkah untuk pulang kebilikku sambil membaca laporan yang hendak aku tunjukkan kepada encik hafizi.Tiba-tiba,aku terlanggar seseorang.Bedebuk!!!!Aku jatuh bersama-sama kertas yang ada didalam fail itu.Kerana kecuaianku,kertas tersebut menjadi berantakan.Aku bergegas mengutip kertas yang bertaburan tanpa menyedari siapa yang aku langgar.Bagiku kertas itu amat penting untuk diselamatkan sebelum ianya dipijak oleh orang lain.
“maaf”.ujarku sambil mengutip kertas-kertas itu.Tanpa aku sedar,orang yang aku langgar itu adalah darwish.Dia juga turut menunduk untuk membantuku.
“darwish.”aku tersentak melihat dia berada dihadapanku.
“ni kertasnya.”dia menghulurkan kertas yang dikutipnya kepadaku.
“terima kasih’’.Tanpa pamitan,dia meninggalkan aku dalam keadaan yang masih kaku disitu.
Darwish meraup rambutnya kebelakang.Kejadian tadi mengundang ketidakselesaan dalam dirinya.Entah mengapa semenjak kejadian tempoh hari,ada perasaanya yang pelik yang menyelinap ke dalam hatinya.Perasaan yang dia sendiri tidak mengerti.Dia menghempaskan tubuhnya di atas kerusi empuk di biliknya.Fikirannya juga entah melayang kemana.

aku kembali mengingati kejadian sebentar tadi.Saat dimana aku memandang anak mata darwish yang berwarna coklat itu.Tidak sangka mataku boleh memandang matanya hari ini.Selama bertahun tahun mengenalinya,baru hari ini aku menyedari kalau darwish mempunyai sepasang mata yang redup.Sangat indah untuk dipandang.Aku kembali ke  alam realiti setelah pintu bilik ku diketuk berkali-kali.
“eris,encik hafizi panggil kau tadi”.ujar sarah .
“oh okey.Kejap lagi aku pergi.”sarah menutup pintu setelah mendengar jawapan dariku.
Aku menyimpan kembali kertas dalam fail untuk dibawa kepada encik hafizi.
“boleh saya masuk encik”.aku mengetuk pintu bilik encik hafizi.
“masuk eris.”ujarnya sambil mempersilakan aku untuk duduk.
“ni laporan yang encik hafizi mintak semalam.”aku menghulurkan fail tersebut kepada hafizi.
“okey,terima kasih eris.Nanti akan saya semak.”
“kalau takde apa-apa,saya mintak diri dulu lah ye.”aku meminta diri untuk pulang kebilikku.
“eris,macam mana luka awak hari tu?dah sembuh?”belum sempat aku menjawab pertanyaannya,kelihatan seseorang membuka pintu.
“fizi,kau..”darwish tidak menghabiskan ayatnya setelah melihat aku berdiri di situ.
“ada apa aiman?”Tanya hafizi setelah melihat darwish tiba-tiba diam membisu.
“arh,aku nak Tanya kau pasal pembinaan hotel tu?”
“oh,apa kau nak Tanya?pasal bentuk dia ke?”soal hafizi lagi.
“erm,pasal kos dia.”jawabnya ringkas sambil melirikkan pandangan ke  arahku.
“oh,ni eris dah siapkan semuanya.Kau tengok dekat sini.Kalau masih kurang,bagitahu aku”.
“okey.”darwish mengambil fail tadi di tangan hafizi.
“saya mintak diri dulu encik.”ujarku setelah agak lama mendiamkan diri.Hafizi hanya mengangguk.
“amboi aiman.Pandang eris sampai macam tu.”hafizi melihat kea rah darwish yang sedang ralit dengan pandangannya.
“apa pulak.tengok je,bukan luak pun”.ujar darwish selamba.
“memang tak luak.tapi kau tak pernah pun macam ni.biasa kalau kau jumpa dia,tengok pun tak nak”.sindir hafizi sambil ketawa.
“ye ke?biasa je aku rasa.eh dahlah.aku pergi dulu.Banyak kerja nak buat.”darwish mengorak langkah menuju ke biliknya.Hafizi hanya mengekori langkah darwish dengan anak matanya..Hairan juga melihat pandangan darwish itu.Bagai ada sesuatu yang tidak dia ketahui


Tuesday, December 28, 2010

bab 11 suratan atau kebetulan

Hari ini ical tidak datang menjemputku.Berkali-kali aku menghubunginya namun,tidak diangkat.Ical masih marahkan aku ke?aku pergi ke pejabat dengan menaiki moto kapcai ayah.Kebetulan ayah tidak bekerja hari ini.Jadi dia mengizinkan aku membawa motor nya ke pejabat.Mula-mula aku agak keberatan untuk membawa motor itu namun aku sudah tidak punya pilihan lain.Mahu atau tidak,aku harus naik motor itu untuk sampai ke pejabat.Setibanya aku di pejabat,pekerja-pekerja disitu memandang ke  arahku.Aku pelik melihat mereka yang seperti melihat hantu itu.
“eris,kenapa dengan kau hari ni?”Tanya sarah.
“kenapa dengan aku?”aku kembali menyoalnya.
“kau naik moto eh eris?”Tanya kimi.
“a’ah.Tak de transport.Aku rembat kapcai ayah aku punya.”mereka semua ketawa mendengar jawapanku.Namun mereka kembali senyap setelah melihat hafizi dan darwish masuk ke pejabat itu.Hafizi dan darwish juga turut memandang ke  arahku.
“eris,bawak moto hari ni?mana pergi kawan awak tu?”Tanya hafizi.
“erm,dia entah kemana.saya nak tukar sikit jenis transport encik fizi.”hafizi ketawa terbahak-bahak.Aku hanya mampu tersengih.Aku berpaling kepada darwish yang hanya membatu sejak dari tadi.Dia seolah-olah tidak ada perasaan.Dia ternyata memerhatikan percakapan aku dan hafizi.
“okeylah eris.Buat kerja awak.”pinta hafizi sebelum melangkah kebiliknya.
“baik encik.”aku hanya menuruti kata hafizi dan terus berlalu menuju ke bilikku.
Hafizi ketawa terbahak-bahak setelah dia masuk ke biliknya.
“kenapa dengan kau ni fizi?”soal darwish.
“kelakar lah eris tu.”ketawa hafizi masih berbaki.
“erm.biasa lah tu.Dia memang macam tu.’’jawab darwish.
“memang macam tu?”soal hafizi.
“a’ah..poyo je.”jawabnya selamba.
“apalah kau ni.”hafizi menepuk bahu darwish.Aku mengetuk pintu bilik hafizi untuk memberinya laporan kewangan untuk tahun ini.Semuanya telah aku siapkan seperti yang di inginkan.
“ye eris.”
“encik,ni laporan kewangan tahun ni”.aku menghulurkan fail itu kepadanya.
“okey,nanti saya akan semakan.Terima kasih”.hafizi tersenyum kepadaku sementara darwish hanya buat tak tahu akan kehadiranku di situ.
“kalau tak de pape,saya mintak diri dulu.”aku mengatur langkah untuk keluar.
“tunggu kejap eris.”panggil hafizi.
“ya encik.Ada apa-apa lagi ke?”aku menoleh kembali ke  arahnya.
“tengahari ni,kita makan bersama.”darwish tersentak mendengar ucapan hafizi.
“er,tak payahlah encik.Saya…”aku kehilangan kata-kata.Tidak tahu apa yang ingin aku katakan untuk menghindarkan diri.
“eris,marilah.Kita makan-makan sekaligus bincang pasal projek untuk syarikat kita nanti.”Dia meminta dengan wajah yang berharap.Aku mula tidak sedap hati untuk menolaknya.Akhirnya aku mengangguk.
“okey.baiklah encik.”aku melangkah keluar dari bilik ancik hafizi.
“kau gila ke fizi?”marah darwish.
“apa yang gilanya?”
“yang kau ajak eris tu kenapa?”
“ala,saja ajak.Kau ni.”darwish mengeleng mendengar jawapan hafizi.
“aku balik ke bilik aku dulu lah.”darwish bangun meninggalkan hafizi.hafizi pula hanya tersenyum melihat sikap darwish.Dia sengaja mengajak aku untuk mendamaikan kami berdua.
Hafizi dan darwish merancang untuk makan berhampiran pejabat untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.kebetulan di seberang jalan terdapat sebuah restoran yang menghidangkan makanan yang enak.aku berjalan beriringan dengan hafizi manakala darwish dengan sombongnya berjalan sendirian.Aku hanya mampu senyum melihat sikap darwish seperti kanak-kanak sedang merajuk itu.semasa darwish ingin melintas jalan,tiba-tiba ada sebuah kereta memecut laju ke  arah darwish.kebetulan pada masa itu,Cuma aku yang melihat kereta itu dengan lajunya meluru ke  arah darwish yang ingin melintas jalan.tanpa berfikir panjang,aku berlari ke  arah darwish dan menolaknya ke tepi.Kami sama-sama terjatuh di tepi jalan.Nasib baik aku sempat menolaknya,jika tidak,pasti dia sudah di langgar oleh kereta itu.
“eris.”tempik hafizi setelah melihat aku terbaring di tanah.
“eris awak tak pape ke?”soalnya sebaik sahaja datang menghampiriku.
“tak..saya okey.”
“tangan awak luka eris.mari saya hantar ke hospital”.ajakan hafizi hanya aku balas dengan gelengan.
“darwish,kau tak pape?”Tanya aku kepada darwish setelah melihat dia diam terpaku dengan kejadian ini.
“aiman,kau okey tak?”hafizi turut menyoal setelah tidak ada jawapan daripadanya.
“okey.”akhirnya diam menjawab setelah agak lama menyepi.
“dahlah,kita balik pejabat.Ubat luka awak ni eris.”hafizi mengangkatku untuk bangun.
Darwish masih tidak berkata apa-apa semenjak peristiwa tadi.Mungkin dia masih terkejut.Semuanya berlaku secara mendadak.Aku juga tidak menyangka kalau aku boleh berlari dan menolaknya ke tepi tadi.aku juga sempat terkejut kerana tiba-tiba sahaja kereta itu datang dengan lajunya ke   arah darwish.Hafizi membenarkan aku untuk pulang lebih awal agar aku dapat beristirehat.Begitu juga dengan darwish.Dia juga diberi pelepasan awal untuk tenangkan dirinya.kepulangan aku dengan tangan yang berbalut amat merisaukan keluargaku terutama mak.Namun,setelah aku menceritakan hal yang sebenarnya,mereka mengucap syukur kerana tidak terjadi sesuatu yang serius pada aku.Aku masuk ke dalam bilik dan menghempaskan tubuhku di atas tilam.Rasa penat hadir dalam diri dan aku terlelap tanpa menghiraukan kesakitan yang masih terasa…


Monday, December 27, 2010

bab 10 suratan atau kebetulan


Keesokan harinya,aku meneruskan pekerjaan yang belum sempat aku siapkan semalam.Aku bertembung dengan darwish tadi pagi tapi aku hanya buat tak endah.Tidak terlintas dihati aku untuk menegurnya.Biar dia tahu kalau aku masih marah pada kelakuannya semalam.Tidak semudah itu untuk aku memaafkan dia.
“eris,jom pergi makan tengahari.”ajak sarah.
“erm,kau pergi dululah.Aku masih banyak kerja yang hendak aku siapkan.”
“serius ni?takpe lah kalau macam tu.Tapi kau jangan lupa makan pulak.Nanti sakit susah.”nasihatnya sebelum meninggalkan aku.Aku hanya mengangguk tanda faham akan nasihatnya itu.Aku meneruskan kerja ku.Kelihatan semua pekerja sudah keluar untuk makan tengahari.Namun bagi aku sebaliknya,aku lebih memilih untuk menyiap kerja yang masih tertunggak berbanding makan.
Beberapa jam kemudian,perutku tiba-tiba terasa sakit.Sakit yang teramat sangat.Tanpa aku sedari,sebenar aku masih belum makan dari pagi lagi.Tiba-tiba kepalaku pusing.Pitam tiba-tiba…
“errr,kat mana ni?”tanyaku apabila sedarkan diri.
“awak ada kat hospital”.jururawat itu menjawab pertanyaanku.
“macam mana saya boleh ada kat sini?”
“tadi ada seorang lelaki bawak awak ke sini.”katanya.
“lelaki?siapa?”soalku lagi.
“saya tak pasti,erm mungkin nanti dia datang sini.Tadi dia keluar sebentar.”jelasnya.Dia meninggalkan aku sendirian di kamar itu.Aku mencuba untuk bangun mencari lelaki yang disebutkan oleh jururawat itu,tapi belum sempat aku membuka pintu,dia telah melangkah masuk terlebih dahulu.
“ni nak kemana ni?”Tanya darwish.Ternyata dia yang telah membawaku ke sini.
“err….”
“kalau tak sihat buat cara tak sihat.Jangan berlagak”.sindirnya.Masih aja nak menyindir!desis hatiku.
“terima kasih bawak aku ke sini”ucapku ringkas.
“lain kali makan.Kan susah jadi macam ni.”leternya.Mengalahkan mak aku!
“okey..sorry kalau menyusahkan…”jawabku malas.
“jom,kita pergi makan.Nanti kan pengsan pulak.”
“errr,tak payahlah yep.Nak balik lah.”aku cuba mengelak.
“erm,terserah.”dia melangkah pergi.
“eh tunggu.Okey.kita makan dulu.”aku terpaksa menerima pelawaan dia.Kalau tidak,aku harus balik ke pejabat naik apa?dia meneruskan langkah tanpa berpaling sedikit pun kepadaku.Mahu tidak mahu,aku mengikuti saja langkah dia.
Aku hanya mendiamkan diri ketika berada di restoran itu.Entah mengapa lidahku terasa kelu untuk berkata-kata.aku memalingkan mukaku dari memandangnya.
“nanti aku hantar kau balik.”ujarnya ringkas namun membuatkan aku tersedak.
“err,tak payah.Aku boleh balik sendiri.”
“terpulang.”jawabnya acuh tak acuh.
Setelah selesai makan,darwish menghantarku kembali ke pejabat.
“terima kasih”laungku sebaik sahaja keluar dari perut kereta.Dia memecut laju keretanya tanpa menghiraukan ucapan terima kasihku.
‘sombongnya dia ni.Orang ucap terima kasih buat dek je’.aku mencemik.Aku menelefon ical untuk memintanya datang mengambilku.
“ical,kau ada kat mana?”Tanya aku sebaik sahaja dia menjawab.
“ada dekat tempat kerja lagi.Tapi dah nak balik.Tunggu kejap okey.”
“okey.”aku memutuskan talian.Beberapa minit kemudian,kereta ical sudah ada di depanku.
“lajunya kau ical.baru je aku telefon”.ujarku sebaik sahaja masuk ke dalam keretanya.
“erm,biasalah aku.Kan bakal jadi pelumba terkenal.”dia ketawa.
“ek eleh.pelumba terkenal konon.”
“eris,kau Nampak pucat.Kenapa ek?”
“ye ke?tak lah.Biasa je.”
“jangan tipulah eris.”
“tak de.Tadi aku pengsan kat pejabat.tapi aku dah okey sekarang.Darwish hantar aku ke hospital”.Mulut ical terlopong mendengar ucapan aku.
“tutup mulut tu ical.nasib tak ada lalat.”usikku.
“darwish hantar kau ke hospital eris?aku tak salah dengar ke?”soalnya meminta kepastian.
“tak ical.Memang dia hantar aku tadi.”
Setelah mendengar kata-kataku,ical mendiamkan diri.Tidak lagi bergurau dengan aku seperti tadi.Agaknya dia marah kot!desis hatiku.Aku hanya membiarkan ical dengan perasaannya sendiri.Kami tenggelam dalam dunia yang kami sendiri tidak tahu.
“ical,tak nak singgah dulu.”aku sengaja memancingnya untuk bercakap setelah dia memandu masuk ke halaman rumahku.Namun dia hanya mengeleng.Aku keluar dari kereta dengan hati yang kecewa.Kecewa dengan sikap ical yang senyap tiba-tiba.Dia pergi tanpa pamitan,tidak mengendahkan aku yang masih terpacak di situ.Geramnya!Dia tidak pernah seperti ini selama ini.Walau marah bagaimana sekalipun pada aku,dia tetap bercakap denganku.Tapi kali ini tidak,ical sudah tidak seperi dulu lagi.Aku berlari menuju ke bilik ku tanpa menghiraukan mak dan ayah yang berada di ruang tamu.Mereka memandangku dengan wajah hairan.seharian aku hanya mengurung diri di bilik.Meskipun acap kali dipanggil oleh kak atia,aku hanya mendiamkan diri.Malas untuk berhadapan dengan keluargaku saat ini.Mereka pasti akan bertanya kenapa aku seperti ini.Aku terlelap dengan sendirinya.