Friday, December 24, 2010

bab 3 suratan atau kebetulan


Darwish membuka buku eris yang diambil ketika di sekolah tadi.Dia senyum sendiri kerana rancangannya berhasil.Tapi  dia tetap masih belum berpuas hati kerana rancangannya tidak mengena sasaran yang tepat.Dia harus memikirkan cara lain untuk mengenakan Eris.
Keesokan harinya,Ical datang menemui Darwish.Dia merasa tercabar dengan tindakan Darwish kelmarin.Dia tidak menyangka budak baru seperti darwish berani melakukan hal seperti itu,.Ternyata darwish bukan seperti yang dia fikirkan.
“oi darwish.Kau sebenarnya tak puas hati apa dengan Eris?”Tanya ical sebaik sahaja menemui Darwish.
“kau apehal ni?tak de adab ke nak main sergah-sergah orang.”darwish memarahi Ical.
“perlu ke beradab dengan orang yang tak de adab?”sindir Ical.
“kau jangan nak kurang ajar dengan aku.Kau belum kenal aku sapa”.Bentak darwish.
“aku memang tak kenal kau sapa.Dan aku pun tak berniat nak kenal dengan orang macam kau.Sanggup kau sorok buku Eris untuk puaskan hati kau kan?”
“oh,jadi kau datang sini marah-marah sebab aku sorok buku gadis tomboy tu?”kata-kata darwish mengundang lagi kemarahan ical.Dia cukup pantang bila ada orang masuk campur urusan Eris.Tiba-tiba satu penumbuk hinggap di pipi Darwish.Dia tersungkur.
“kau dengar eh,Jangan pernah kata Eris macam tu.Setomboi-tomboi dia pun,dia masih ada rasa hormat pada orang lain.Kau ada?”Tanya ical dengan rasa marah yang membuak-buak.
“berani kau tumbuk aku.”kini satu tumbukan mengena tepat ke mulut ical.Hampir berdarah.Adegan tumbuk menumbuk berterusan.
“Eris,Ical gaduh dengan Darwish.”Rita mendapatkan aku ketika berada di library.
“apa?”hampir terlopong mulutku mendengar kata-kata Rita.
“a’ah.ical bertumbuk dengan Darwish dekat kelas.Semua orang tengok dia ris.”Rita kelihatan risau.
“jom kita pergi.”aku mengajak Rita pergi menuju ke kelas.
Setibanya disana,aku melihat pergelutan antara mereka.Mengalahkan Jackie chan budak-budak ni!Ngomel ku sendiri.
“ical,sudahlah tu.”aku menarik Ical daripada terus menumbuk Darwish.Mulut Darwish kelihatan berdarah dengan tumbukan kuat ical
“biar aku ajar dia ni Ris.”Ical masih meluru ke   arah Darwish.
“ical,dengar kata aku.Nanti pengetua datang,teruk kau kena.”aku menarik Ical kembali.
“nasihatkan sikit kawan kau ni.Jangan ingat dia kuat sangat.”jerkah darwish.Ical yang mendengar ucapan Darwish mengangkat tangan untuk menumbuknya lagi tapi sempat di halang olehku.
“korang ni gaduh macam budak-budak.Nanti pengetua datang siaplah korang.Ni ha sampai berdarah.”Ujar ku sambil melihat ke  arah mulut Darwish yang berdarah itu.
“apa dah jadi ni?”pengetua datang setelah mendapat khabar oleh budak kelas depan.Masin pulak mulut budak ni!Rungut darwish dalam hati.
“ikut saya ke bilik disiplin sekarang.”ujar cikgu samsul iaitu guru disiplin di sekolah kami.Ical dan darwish hanya membuntuti cikgu samsul.
“pelajar-pelajar ,pergi masuk kelas masing-masing.”pinta pengetua.
Setengah jam berada di bilik disiplin,akhirnya Ical dan Darwish keluar.Aku mendapatkan Ical yang kelihatan sedang menahan kesakitan.
“kenapa ni ical?kena rotan?”tanyaku.Ical sekadar mengangguk.
“tu lah,sapa suruh gatal tangan tumbuk mamat poyo tu.”
“dah tu,nak suruh aku tahan je dengar dia kutuk kau?”soal ical kepadaku.
“mesti dia kata aku tomboikan?pedulikan dia Ical.Dia ada mulut.”aku mengeluh kecil.
“memang lah dia ada mulut.Sebab tu aku tumbuk mulut dia tu.Biar ada insurans sikit.”kemarahan ical masih berbaki.
“ical,kita tak perlukan cara kasar macam ni untuk update kan insurans mulut dia tu.”ujarku sambil tersenyum.Mengharapkan agar ical mengerti kata-kataku.
“kau ada plan ke Eris?”Tanya ical seolah-olah telah mengetahui maksud kata-kataku.
“good Ical.Kau tahu apa maksud aku.Kita akan main cara halus macam yang pernah dia buat pada aku.Kita tak perlu adegan tumbuk-menumbuk ni lagi.”Aku menepuk bahu ical.
“okey,maaf sebab aku tak dapat tahan emosi tadi.So,apa kita nak buat?”Ical ingin tahu rancanganku.
“kita cari kelemahan dia.Selepas kita tahu,baru kita boleh bertindak.”Ical mengangguk.Tanda faham dengan kata-kataku.
“baik ris.aku hanya ikut apa yang kau nak buat.”Kami sama-sama tersenyum.Tidak sabar untuk menyedarkan sikap Darwish yang sombong itu.Semoga,aku akan cepat mengetahui apa kelemahannya.Supaya,lebih cepat aku boleh bertindak.Orang seperti darwish mesti di balas dengan cara halus.Cara seperti mana dia mengenakan aku dulu.
Aku pulang ke rumah dengan rasa yang sebal.Sikapku begitu membuatkan ayah menyedarinya.
“kenapa eris?”Tanya ayah apabila aku mendekatinya di ruang tamu.
“Eris geramlah yah.Ada budak baru kelas eris ni jahat.Ada ke patut dia sorok buku eris semalam.Geram betul eris yah.”rungutku kepada ayah.selama ini memang ayah tempat aku mengadu.Mak dan kak Atia,bukannya ingin mendengar luahan aku.
“ye ke?”soal ayah.
“ye ayah.Tadi pulak dia bertumbuk dengan Ical kat kelas.”aku meyakinkan ayah.
“dah tu macam mana keadaan ical?”
“ical okey,Cuma dia kena denda.”
“macam-macam budak sekarang ni.Eris,kau jangan lah masuk campur urusan budak tu.Takut nanti dia apa-apakan kau.”nasihat ayah.
“ye lah ayah.Tapi eris memang tak puas hati dengan dia.Eris rasa nak balas je perbuatan dia tu.”
“anak ayah ni memang macam ni kan?terpulang pada eris.Ayah Cuma harap eris jaga diri.Jangan sampai buat sesuatu yang boleh membahayakan diri Eris.”pesan ayah seolah-olah mengerti akan rancangan aku sekarang untuk mengenakan Darwish.
“baiklah ayah.Terima kasih sebab dah ingatkan Eris”.ujarku sambil memeluk ayah.Aku beruntung mempunyai seorang ayah yang begitu memahami perasaanku.Aku tersenyum puas.Lega mendengar kata-kata ayah.Bermakna tindakan aku nanti telah mendapat lampu hijau dari ayah.

bab 2 suratan atau kebetulan

“Eris,makan dulu.”ajak ayah setelah melihatku keluar dari pintu bilik..Hari ini aku terlambat lagi.Semuanya gara-gara Ical yang menelefonku semalam.
“ala ayah,eris dah lewat ni.Nanti Eris tak sempat masuk pagar sekolah.”aku menuju ke rak kasut di tepi pintu.
“kalau ya pun,minum lah sikit Eris.”Tegur Kak Atia.Aku kembali kea rah mereka yang sedang berada di meja makan.Aku mencapai air yang telah dituangkan oleh Kak atia.Setelah meneguk air dua kali,aku menarik tangan ayah untuk disalam.Begitu juga tangan emak dan kak  Atia selepas itu.
“Eris pergi dulu mak,ayah,kak.”aku berlalu pergi setelah melihat mereka mengangguk sambil tersenyum.
Aku sampai di pintu pagar sekolah setelah loceng berbunyi.Nasib baik aku mempunyai kepakaran untuk memanjat pagar,jika tidak aku harus pulang ke rumah kembali.Aku bergegas menuju ke kelas tanpa mempedulikan orang yang ada di sekeliling aku.Aku risau jika cikgu alan masuk terlebih dahulu berbanding aku.Pasti aku kena belajar di luar kelas lagi!.Ngomel ku sendirian.Sebaik sahaja aku ingin masuk ke dalam kelas,tiba-tiba..DUSH!!!!!
“Oi,buta ke?”marah pelajar itu.
‘’hei mangkuk.Kau lah yang buta.”marahku kembali.Dah lah lewat,langgar dengan mamat poyo ni pulak!
“amboi agaklah sikit.Kau yang buta sebab main meluru masuk je.Tak Nampak ke aku nak keluar ni.”soalnya.
“ni pintu masuk lah.Kalau nak keluar tu sana.Tak faham ke?”aku menunjukkan pintu belakang kepadanya.Memang betul,telah menjadi adat di kelas ini untuk keluar melalui pintu belakang.
“Aku peduli apa?ikut suka hati aku lah nak keluar ikut mana pun”.dia menjegilkan biji matanya yang coklat itu.
“oh,kau budak baru.Patutlah berlagak semacam je.”
“memang aku budak baru.Dah tu kau siapa?salah kelas lah tu”.Lantang sungguh dia bersuara.
“aku ketua kelas ni?”bentakku.Dia kelihatan sedikit terkejut.
“ketua,patutlah macam lelaki je.”perlinya dengan senyum kambing.
“eh,dengar sini.Aku macam lelaki ke,macam perempuan ke,tak de kena mengena dengan kau pun.Aku tak mintak kau belikan baju.Dan ingat satu hal.Jangan pernah campur urusan aku.”aku menegaskan suaraku agar dia tahu kalau aku tidak suka ada orang mencampuri urusanku.Aku berlalu meninggalkannya tanpa pamitan.Dia masih tersenyum kambingnya.
“:kenapa Eris?’’tanya Rita setelah aku duduk di tempatku.
“a’ah Eris.Kau gaduh dengan budak baru tu ke?”Soal Ical sambil mengambil tempat di depanku.Aku hanya mencebik.Tidak mahu bersuara.sebal aku pada budak baru itu menebal.Cikgu alan masuk ke kelas untuk memulakan pelajaran.Aku tidak dapat menumpukan perhatian kerana marahku dengan kata-kata budak baru itu masih bersisa.Sedar tak sedar,loceng waktu rehat telah berbunyi.
“Eris,jom makan.Laparlah.”Ical mengajak aku ke kantin.
“jom lah eris.”ajak Rita setelah melihat aku tidak berganjak dari tempat dudukku.
“yelah.jom.”Akhirnya aku bingkas bangun.Sewaktu menuju ke kantin,kami terserempak dengan budak baru itu.Aku menjeling ke  arahnya tanda protes terhadap sikapnya tadi pagi.Rita yang melihat jelingan itu mengajukan soalan padaku.
“Eris,jelingan maut Nampak.Kenapa?”Mulalah si Rita ni nak bergosip.aku dah lah tak de mood ni.Gerutuku di dalam hati.
“tadi aku gaduh dengan dia.Masa nak masuk kelas tadi.Dia marah aku sebab langgar dia.Aku tak sengaja kot.Lagipun salah dia keluar ikut pintu depan.Pehal?”marahku mengingati kembali kejadian tadi.
“oh,rupanya kau gaduh dengan Darwish.”Ical mencelah.
“darwish?siapa?”Tanya ku pelik.
“la,budak baru tu kan nama dia darwish.Kau tak tahu ke?”Aku menggeleng.
“mana lah aku tahu.,Lagipun aku masa nak ambik tahu.Aku sakit hati tahap kritikal dengan dia.Dah lah lambat bangun tadi.Dia buat hal dengan aku pulak.”Protesku.Aku melihat ical tersengih mendengar kata-kata ku.
“kau pehal ical?”Tanya ku geram.
“tak delah.Sorry ek aku call kau lewat semalam.Sebab tu kau bangun lambat.”Ujar ical.Rita pula diam membisu melihat percakapan kami.
“no hal pun lah.Aku biasa je.Cuma bengang sikit je dengan mamat poyo tu.”aku kembali mengingati darwish.
“sudahlah Eris,dia memang macam tu.Masa mula-mula dia masuk pun dah berlagak dengan budak kelas depan.Siap nak gaduh-gaduh lagi.”terang Rita.aku terlopong mendengar cerita Rita.Seakan tidak percaya.
“tu lah aku nak cerita dengan kau semalam Eris.Tapi kau dah nak tidur.”sindir Ical.
“mana aku tahu kau nak cerita.”aku tersengih pada mereka berdua.Setelah selesai makan,loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat telah habis.Kami pulang ke kelas untuk mulakan pelajaran.
“semua bangun”aku mengarahkan semua pelajar untuk bangun setelah melihat cikgu balqis masuk.
“assalamualaikum cikgu.”kami memberi salam.
“waalaikumsalam.Duduk”.CIkgu balqis meminta kami untuk duduk.
“okey,sekarang buka buku add math.Kita akan belajar tajuk indeks.Ingat kamu semua nak exam tinggal lagi sebulan.Saya nak kamu score betul-betul.”pesan cikgu balqis kepada kami.Aku mencari-cari buku add math di dalam begku.Tapi tidak ditemui.Rasanya sebelum waktu rehat tadi,buku itu masih ada.Tapi kenapa sekarang tiada?tanyaku dalam hati.Ical yang melihat aku sedikit gelisah bertanya.
“kenapa ris?”
“ical,buku aku takde..macam mana ni?”aku sedikit gugup kerana cikgu balqis sangat garang orangnya.
“tak de?tapi tadi aku tengok kau bawak buku tu.”ujar ical turut berasa hairan.
“aku pun tak tahu lah ical.Memang tadi masih ada.”aku melihat semua orang sudah membuka buku masing-masing.
“nah,ambik buku aku.”Ical meletakkan bukunya di atas mejaku.Aku tersentak dengan tindakannya.
“Ical,mana buku awak?”Tanya cikgu Balqis setelah melihat buku Ical tiada di atas mejanya.
“saya tertinggal cikgu.”jawab ical selamba.Aku terkejut dengan jawapannya.
“sekarang awak pergi keluar dari kelas saya.Kan saya dah pesan jangan ada sesiapa pun tak bawak buku saya.Sekarang keluar.Nampak sangat awak tak minat nak belajar.”Bentak cikgu balqis.Aku merasa bersalah kepada Ical.Padahal bukunya ada pada aku.Ical bangun dari tempat duduknya sambil memandang kea rah darwish di tempat duduk belakang.Aku juga turut memandangnya.Dia ketawa terbahak-bahak.Ternyata semuanya kerja dia.Jaga kau darwish!.Aku akan balas perbuatan kau.!aku berazam dalam hati.

bab 1 suratan atau kebetulan

“erisa,tunggu”.Panggil kak atia sebaik sahaja aku melangkah ke dalam rumah.
“kau pergi mana ni eris?”Tanya kak atia dengan nada marah.
“Eris dari rumah kawan lah kak.”aku menjawab pertanyaan itu dengan nada yang malas.Baru je balik dah nak kena leter!Ngomelku.
“rumah kawan yang mana eris?”soal kak atia lagi.
“rumah ical.Kami belajar sama.Yang akak banyak Tanya ni apasal?”aku kembali menyoal kak atia.Sebal rasanya ditanya seolah-olah menjenayah.
“jangan tipu akak.Akak baru je telefon Ical.Dia cakap kau tak pergi rumah dia.Dan eris,yang paling akak marah.Kau tak pergi sekolah dah dua tiga hari.Tanpa pengetahuan akak.”Bentak kak atia.Dia menjegilkan biji matanya kepadaku.aku mengetap bibir dan menelan air liur yang terasa masih melekat di kerongkong.
“err,eris sebenarnya kerja kak.”ujarku perlahan-lahan.Aku tahu jawapanku pasti mengundang kemarahan kak atia.Namun aku harus memberitahunya.Aku tidak tahan melihat kemarahan kak atia seperti singa yang sedang kelaparan itu.
“kerja?”aku berasa seperti jantungku tiba-tiba berhenti berdegup mendengar jerkahan kak atia.Lama juga aku mendiamkan diri tetapi akhirnya aku sekadar mengangguk.
“ya ALLAH kau ni Eris.Orang suruh belajar kau pergi kerja.Apa nak jadi kau ni Eris?”soal kak atia sambil mengurut dadanya.
“maaf kak.Eris terpaksa.”jawabku ringkas.
“Terpaksa kau kata?terpaksa sebab apa?”kak atia masih bertanya kepadaku.Mengalahkan anggota polis menyoal penjenayah!
“Dah   lah kak.Lebih baik Eris kerja.Kalau Eris belajar,mesti keluarga kita tak mampu kak.”aku mencari sejuta keberanian untuk menghadapi kak atia.Aku merasa itu jalan yang terbaik.
“kenapa dengan kau ni Eris.Akak masih mampu nak sara kau sekolah.Lagipun kau dah nak SPM tahun ni.Sekurang-kurangnya,habiskan belajar dulu.Baru fikir nak kerja.Ini tak,sibuk nak kejar duit.Ingat Eris,pelajaran tu penting untuk masa depan kau.”Ngomel kak atia.hanya tuhan saja yang tahu betapa sakit telinga aku mendengar omelan kak atia yang bingit itu.Nak suruh semua orang dengar agaknya!.
“tapi kak..”belum sempat aku meluahkan rasaku,kak atia sudah pun memotong.
“takde tapi-tapi.Kalau kau taknak kecewakan akak,mak dan ayah.Ikut cakap akak.”kak atia memberikan kata putus kepadaku.mahu tidak mahu,aku harus turuti semua kemahuan dia.
“baiklah kak.Eris ikut je.”aku mengangkat kaki ku untuk melangkah pergi dari ruang tamu itu namun ditahan oleh kak atia.(apa lagi lah Akak aku ni nak).Rungutku didalam hati.
“akak belum habis cakap.Ni pakaian kau ni eris.Macam lelaki.Cuba lah ubah perangai kau sikit.”Kak atia masih meneruskan leterannya.Ada saja yang tidak kena dimata dia.
“dah lah kak,Eris penat.nak tidur..kalau akak nak teruskan berleter,teruskan lah.Eris nak masuk”aku melangkah pergi meninggalkan kak atia yang masih berada disitu.Nasib baik mak dan ayah tidak ada disitu sewaktu kak atia mengomeliku.Kalau tidak,semuanya masih akan terus berpanjangan.Apatah lagi jika mak masuk campur.Pasti aku akan menyediakan kapas untuk menutup telingaku.Agaknya kak atia mewarisi sifat emak yang selalu membebel meskipun hal sekecil semut.Aku mengeluh kecil.Meskipun begitu,aku bangga mempunyai keluarga seperti ini.Sangat bahagia meskipun kadang-kadang ada perselisihan faham.Tapi aku percaya semua itu adalah sebahagian dari yang namanya kehidupan.Lamunan ku kembali kea lam reality apabila mendengar telefonku berbunyi.Aku melihat nama yang tertera di skrin.ICAL..
“Hello eris.”suara macho Ical kedengaran di hujung talian yang sengaja dibuat-buat.
“Ha Ical.Kenapa telefon aku malam-malam ni?aku baru je nak tidur.”marahku dalam nada bergurau.Padahal aku tahu Ical akan menelefonku.Kerana setiap malam pasti dia akan menelefonku sebelum tidur.Kawan baik dari kecil lah katakan.Tidak pernah berpisah.
“amboi kau ni Eris.Macam aku tak pernah telefon selama ni.Agak-agaklah sikit.”ujar Ical seperti merajuk.
“ala kau ni Ical.Nak gurau sikit pun tak boleh.Aku tahu lah kau tak boleh tidur kalau tak dengar suara aku yang merdu macam siti nurhaliza ni kan?”usikku.Kedengaran bunyi tawanya di talian.
“ye lah tu Eris.Wei,bila nak pergi sekolah?Rita dah rindu gila kat kau ni.?soal Ical setelah ketawanya berhenti.
“Rita rindu ke kau rindu?”Aku mengusiknya lagi.
“err,Rita lah.Kau ni Eris..”
“erm,ye lah tu.Aku pergi esoklah.Lagipun kak atia dah tahu aku kerja.So,aku kena berhenti lah.Esok aku masuk sekolah.Yang Tanya beria sangat ni kenapa?”soalku.
“kerja sekolah cikgu bagi berlambaklah.Kau ni pun satu.Time nak exam ni jugaklah nak kerja.Tak menyempat.”Rungut Ical.
“Eh kau pun nak bebelkan aku jugak ke?menyampahlah dengar lelaki membebel.Tolonglah.”ujarku setelah mendengar rungutan ical.Ical ketawa lagi.
“tak delah.Nasihat je.Kelas kita ada budak baru tau.”Aku sudah menyangka.Ical pasti ingin menceritakan sesuatu kepadaku.Kalau tidak,dia tidak mungkin beria-ia menanyakan bila aku kembali ke sekolah.
“erm,dah agak dah.Ni nak gossip pasal budak baru tu lah ni kan?patut beria benar nak suruh aku datang sekolah.”
“eh Eris,aku bukan nak gosiplah.Memang aku nak kau datang sekolah pun.Yang pasal budak baru ni lain tau.”aku ketawa mendengar jawapan Ical.
“ye lah Icalku tersayang.Esok aku datang sekolah.Okey sekarang aku nak tidur.Kan aku tak terbangun esok kan aku salahkan kau nak?”Gurauanku di selangi dengan ketawa Ical.Memang dia adalah rakanku yang paling baik.Malah ada yang menyalah ertikan perhubungan kami.Meskipun sifatku yang sedikit kasar.Namun Ical tidak pernah malu untuk berkawan denganku.Begitu juga dengan Rita,aku baru mengenalinya ketika di tingkatan Tiga.Dia menjadi temanku dengan Ical mungkin kerana sifat kami yang tidak jauh berbeza.Dengan kata yang paling tepat lagi,sebulu.Aku tersenyum sendiri mengenang detik pertemuan kami dahulu.
“woi eris..takkan dah tidur kot.”Sergahan Ical di talian menghentikan lamunan ku.Baru aku sedar yang aku masih berbicara dengannya tadi.
“kau ni Ical.Terkejut beruk aku dibuatnya.Agaklah wei.”marahku.
“sorry-sorry.Kau tu yang mengelamun entah kemana.Dah sampai Zuhrah kot.”perli Ical.
“erm,okey.Nak tidur.Tata…good night Ical.”aku sengaja tidak melayan kata-katanya.Jika aku melayannya,pasti sampai ke esok juga belum tentu habis bercakap dengannya.Macamlah hari esok tak ada!
“yelah-yelah.Good night.Tata..”Talian diputuskan.
Aku menghempaskan tubuhku di atas tilam.Badanku yang terasa penat akibat seharian bekerja menjadi sedikit lega.Aku bekerja mencuci pinggan di restoran yang tidak jauh dari rumahku selama beberapa hari ini.Meskipun Cuma mencuci pinggan mangkuk,namun aku dapat merasakan kalau makin lama aku bekerja disitu, urat pinggangku boleh tercabut.Mahu tidak,terbongkok seharian.Pendapatan tidak seberapa.Baru aku tahu betapa susahnya mak,ayah dan  kak atia mencari wang.Aku berjanji tidak akan menghampakan mereka.Aku akan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citaku.Akhirnya aku terlelap dalam angan yang aku sendiri belum pasti.

Tuesday, December 14, 2010

RATU CINTA KILAT


RAtU cInTa KiLaT
Farah merupakan seorang gadis yang berumur 17 tahun namun dia sudah berjiwa matang seperti wanita yang lain.Farah merupakan seorang anak tunggal.Dia juga tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu kerana selepas dia dilahirkan,ibu dan ayahnya bercerai.Farah tetap tabah menempuh segala ranjau yang datang dalam hidup.Ben seorang jejaka yang tidak kurang kacaknya merupakan kawan Farah yang paling rapat.Mereka telah di besarkan bersama-sama.Mereka juga mempunyai seorang rakan iaitu Aldi,namun Aldi telah ke luar Negara kerana mengikut ayahnya yang bekerja di sana.Farah merupakan seorang gadis yang berjiwa lembut dan senang untuk jatuh cinta.Sebagai seorang sahabat,Ben akan selalu menolong Farah apabila dia memerlukan bantuan.
‘’Ben, kau tolonglah aku’’.Ben sengaja tidak menghiraukan Farah walaupun beberapa kali dia di panggil.
‘’Kenapa pulak dengan kau kali Ni Farah?’’
‘’Aku suka dekat Adit, kau boleh aturkan date aku dengan dia tak?’’
‘’Kau ni Farah,pantang tengok lelaki.Ada je yang kau berkenan’’.
‘’Ala Ben,tolonglah.Kita dah lama kawan,takkan hal macam ni pun kau tak boleh tolong’’.
‘’Bukannya aku tak pernah tolong kau Farah.Selama ni,aku selalu je aturkan date kau dengan lelaki yang kau suka tapi tak satu pun bertahan lama  dengan kau.Malu lah aku’’.
‘’Nak malu buat apa?bukan kau yang pergi date pun.Entah-entah kau jealous kan?Aku pun hairan dengan kau ni,kenapa tak ada teman wanita lagi sampai sekarang.Nak kata tak kacak,kacak pulak aku tengok.Tapi ada perempuan nak kat kau,kau tak layan pulak’’.Farah mengomeli Ben.namun tidak diendahkan.Ben tahu hatinya belum terbuka untuk perempuan mana pun setakat ini.Farah adalah satu-satunya kawan perempuannya,itu pun kerana mereka sudah lama bersahabat.Dia sangat menyenangi sikap Farah yang lembut dan mudah tersentuh.Sebab itu,dia hanya berteman dengan Farah.Meskipun teman-teman lelaki ada yang memperlinya tapi dia hanya buat endah tak endah.
‘’Oi Ben.Kenapa senyum-senyum ni?’’Sergahan Farah membuatkan Ben tersenyum malu disamping mukanya yang kemerahan-merahan.Disebabkan senyuman itulah ramai yang menyukai Ben.Farah akui Ben seorang yang baik dan penyayang.Dialah yang selalu menjadi pelindung kepada Farah.Dia juga hairan dengan dirinya kerana tidak menyukai lelaki sebaik Ben padahal ramai yang iri hati dengannya kerana berpeluang menjadi rakan kepada Ben malah ada juga yang mengganggap mereka sepasang kekasih.Beberapa kali juga Farah memberitahu Ben akan semua ini namun bagi Ben,dia tidak peduli apa pun tanggapan orang terhadapnya.Sikapnya seperti itu juga yang membuatkan Farah mengaguminya.
‘’Farah,tadi kau cakap aku senyum-senyum.Ni dia pulak yang senyum-senyum’’.Ben memperli Farah yang sedang asyik mengelamun.
‘’Eh,mana ada.Aku biasa je.Jom lah pergi sekolah.Dah lewat ni.Nanti tak pasal-pasal kena panjat pagar lagi.Tak nak aku kantoi dengan cikgu disiplin’’.
‘’A’ah kan.Jom lah’’.
Mereka menaiki kereta yang dipandu oleh Ben.Mereka masuk ke perkarangan sekolah dengan hati yang lega kerana mereka belum terlewat.Meskipun begitu,mereka terus  menuju ke kelas masing-masing dengan  keadaan yang kelam-kabut.Setibanya Farah di pintu kelas,dia telah terlanggar seorang lelaki yang juga ingin masuk ke kelas pada waktu itu.Farah hampir terjatuh namun sempat disambut oleh lelaki itu.Farah terpana seketika apabila dia melihat lelaki yang berhidung mancung itu.
‘’Maaf,tak sengaja’’.Ujar Farah sebaik sahaja lelaki itu melepaskan sambutannya.
‘’Tak apa.Saya yang patut mintak maaf sebab langgar awak’’.Senyuman lelaki itu ternyata telah mencairkan hati Farah.
‘’Erm,saya Farah.Awak?’’
‘’Saya Taufiq.Saya pelajar baru kat sini.Awak budak  kelas ni ke?’’
‘’Ya,saya memang budak kelas ni.Gembira dapat jumpa awak.Jom masuk kelas.Loceng dah berbunyi dah’’.Mereka beriringan masuk kelas dan memulakan pelajaran mereka kerana cik Fatin sudah masuk.Apabila selesai kelas,Farah dan Taufiq sama-sama ke kantin.Ben pergi ke kelas Farah untuk mengajaknya pergi makan bersama namun hampa kerana dia melihat  bahawa Farah menuju ke kantin dengan Taufiq.Tiba-tiba ada satu perasaan menyelinap le hatinya.Dia juga tidak tahu apa rasa itu tapi yang jelas dia tidak suka melihat Farah dengan lelaki itu.Dia menghampiri Farah yang sedang rancak berbual dengan Taufiq.
‘’Farah,kenapa kau tak cakap yang kau rehat dengan dia?’’Ben menunjukkan jarinya ke arah Taufiq yang sedikit kaget disergah begitu.
‘’Maaf,aku lupa lah Ben.Maaf sangat-sangat’’.
‘’Mari lah join kami’’.Taufiq cuba mempelawa Ben.Dia juga tidak senang hati melihat sikap Ben seperti itu.
‘’Tak apa lah.Aku tak ada selera nak makan’’.Ben berlalu meninggalkan Farah dan Taufiq dengan perasaan yang amat geram.Sepanjang pelajaran Ben tidak dapat menumpukan perhatian.Dia hanya mengingati Farah yang begitu mesra dengan Taufiq sewaktu rehat tadi.Entah mengapa dia menjadi seperti itu padahal sebelum ini dia tidak pernah rasa marah apabila Farah mendekati lelaki lain.Sebaik sahaja loceng berbunyi,dia bergegas ke kelas Farah untuk mengajak Farah pulang bersamanya.Namun Farah sudah tidak ada di kelasnya.Menurut rakan sekelas Farah,Taufiq telah mengajak Farah untuk pulang bersamanya.Ini dapat menimbulkan lagi kemarahan Ben terhadap Taufiq.
‘’Farah,Farah’’.Teriak Ben sebaik sahaja masuk ke halaman rumah Farah.
‘’Kenapa kau jerit-jerit ni Ben?’’Farah bertanya dengan nada kelam kabut.
‘’Kenapa dengan kau lah.Balik tak bagitahu aku.Selama ni kita selalu balik sama-sama.Tapi hari ini kau balik dengan dia pulak.Dah lah tak beritahu aku dulu’’.
‘’Oh balik dengan Taufiq?dia yang ajak aku balik dengan dia.Aku suka kat dia.Dia baik,handsome lagi’’.
‘’Kau ni Farah.Langsung tak fikir perasaan aku kan.Lain kali nak balik dulu tu beritahu awal-awal.Tak payah lah aku tunggu kau’’.
‘’Okey-okey.Aku janji lain kali aku beritahu kau dulu’’.
‘’Tak apa lah.Jom kita pergi makan.Laparlah’’.
‘’Ala Ben,aku ada ‘date’ dengan Taufiq lah.Kau pergi sorang lah ek.Eh,aku nak siap-siap dulu ni’’.Farah berlalu masuk ke dalam rumah meskipun Ben masih ingin berkata sesuatu.Tindakan Farah seperti itu menjadikan Ben geram lantas menumbuk dinding di situ.Tangan berdarah namun tidak separah hatinya.Semenjak pulang dari rumah Farah,Ben hanya mengurung diri di dalam kamarnya.Panggilan Bibik tiada sahutan.Dia juga hairan dengan dirinya hari ini.Entah mengapa dia begitu marah.Padahal selama ini dia Farah juga sering jatuh cinta dan rapat dengan lelaki lain selain dia.Dia menyembamkan mukanya atas katil.
Keesokan harinya,dia membuat keputusan untuk pergi ke sekolah sendirian.Dia tahu Farah pasti sudah diambil oleh Taufiq.Dia tidak mahu bertindak bodoh seperti semalam lagi.Setibanya dia di sekolah,dia terus ke kelas.Dan pada masa itu juga Taufiq memanggil namanya.
‘’Ben,tunggu dulu’’.
‘’Ada apa?’’
‘’Farah mana?aku nak cakap dengan dia dan nak jelaskan semuanya’’.Soalannya menghairankan Ben.
‘’Bukan ke dia ada dengan kau?buat apa kau tanya aku pulak’’.
‘’Ben,Farah tak ada dengan aku.Aku tanya kau ni pun sebab Farah tak datang sekolah.Mungkin dia masih marahkan aku’’.Ben semakin hairan dengan apa yang cuba disampaikan oleh Taufiq namun dia berlagak tahu.
‘’Aku tak tahu Farah kat mana.Dia tak datang dengan aku pun tadi.Dah lah,malas aku masuk campur hal korang’’.Ben berlalu masuk ke dalam kelas dengan rasa  yang pelik.Setahunya semalam Farah keluar dengan Taufiq dan mereka berdua kelihatan mesra.Namun hari ini tiba-tiba Farah tidak datang sekolah dan Taufiq mencarinya.’Sebenarnya kenapa dengan mereka berdua?’.Persoalan yang harus ditanyakan sendiri kepada Farah.Tanpa pamitan,Ben melulu keluar dari kelas dan tidak menghiraukan  gurunya sedang mengajar.Teman-temannya kaget dengan tindakan Ben.Setibanya Ben di rumah Farah,dia mengetuk pintu dengan kuat.Tindakan Ben mengejutkan pembantu rumah Farah.
‘’Ada apa Encik Ben?’’
‘’Farah ada tak?’’
‘’Cik Farah ada di atas.Dalam kamarnya.Silakan naik’’.Mak Munah mempersilakan Ben untuk naik ke atas kerana dia sudah lama mengenali Ben.Ben berlalu ke bilik Farah dan terus masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.Dari jauh Ben melihat Farah yang sedang menangis teresak-esak di tepi balkoni biliknya.Dia segera mendapatkan Farah.
‘’Farah,kau kenapa?’’Risau juga dia melihat gadis cilik di hadapannya itu.
‘’Aku kecewa dengan Taufiq.Aku suka dekat dia,tapi sebenarnya dia dah ada girlfriend.Semalam dia ajak aku keluar untuk kenalkan aku dengan girlfried dia.Aku kecewa Ben’’.Farah menceritakan hal yang sebenar kepada Ben sambil menangis.
‘’Farah,kau yang salah dalam hal ni.Kau baru je kenal dengan dia tapi dah jatuh cinta.Sepatutnya kau selidik dulu dia dah ada kekasih ke belum.Sekarang ni kau jugak yang kecewan kan?’’Farah akui segala yang dikatakan oleh Ben ada benarnya juga.
‘’Aku tahu aku salah.Tapi aku memang dah jatuh cinta kat dia.Nak buat macam mana lagi’’.
‘’Farah,sebenarnya kau tak faham dengan hati kau sendiri.Ni bukan dinamakan cinta Farah.Cinta itu perlu masa.Kita harus mengenali orang yang kita cintai dengan masa yang lebih lama.Baru kita boleh buat keputusan’’.Ben meluahkan segala pendapat yang dirasakan benar.
‘’Terima kasih Ben.Kau memang kawan yang baik.Aku tak tahu macam mana aku nak hadapi semua ni kalau kau tak ada disamping aku’’.
‘’Aku akan selalu ada bila kau perlukan aku.Percayalah.’’Ben menyapu air mata yang menitis di pipi Farah.Dia tidak mahu Farah bersedih lagi.Farah percaya bahawa Ben sebenarnya seorang yang romantik.Tapi kenapa Ben tidak pernah membuka hatinya untuk wanita.Alangkah beruntungnya andai sesiapa yang berjaya mencuri hati kawannya itu.Dia memerhatikan Ben yang sebenarnya amat segak.Apatah lagi dengan penampilannya yang begitu bergaya.
‘’Oi Farah.Kenapa tengok aku macam tu?aku tahu lah aku ni handsome,tapi jangan lah tengok macam tu’’.Ucap Ben dengan nada gurauan namun Farah masih lagi tidak berganjak daripada memerhatikannya.Hati Ben menjadi gementar.Tidak keruan apabila Farah melihatnya seperti itu.Mata mereka bersatu dan membuahkan perasaan yang sama sekali tidak di duga.Mereka tidak pasti akan rasa yang baru menyelinap masuk ke dalam hati mereka.Mereka berdua bagai berada di alam mereka sendiri.Cuma mereka berdua.
‘’Maaf Cik Farah,Encik Ben.Makan tengahari dah siap.Marilah turun makan’’.Suara mak Munah membuatkan mereka kembali ke alam realiti.Mereka cuba menutup perasaan malu dalam diri mereka dan berlagak selamba.
‘’Ya lah Mak Munah.Nanti kami turun’’.Ben bersuara supaya Mak Munah tidak menunggu lebih lama di situ.
‘’Jomlah’’.Ajak Farah meskipun masih lagi berasa  malu terhadap Ben dengan kejadian tadi.
Semenjak Ben meminta diri untuk pulang setelah selesai makan tengahari,Farah kembali mengurung diri di kamarnya.Tapi perasaannya sudah tidak seperti tadi lagi.Dia kini kembali ceria.Dia juga hairan dengan perasaannya sendiri.Selama berbelas-belas tahun berkawan dengan Ben,baru sekarang dia dapat merasakan suatu perasaan yang sangat ganjil untuk gadis seperti dia.Dia cuba untuk merungkai apakah rasa yang dia alami.Tapi apa yang penting,dia sangat menyenangi perasaan itu.
Keesokan harinya Farah dan Ben berangkat ke sekolah bersama-sama.Mereka masih belum yakin akan perasaan mereka.Jalan yang terbaik bagi mereka adalah berdiam diri.Sepanjang perjalanan ke sekolah,tiada sepatah pun perkataan yang diucapkan oleh Farah mahupun Ben.Setibanya mereka di sekolah,mereka terdengar seseorang memanggil mereka berdua.
‘’Ben,Farah’’.Suara yang masih kurang jelas siapa pemiliknya namun Ben dan Farah tetap berpaling pada arah suara itu.
‘’Aldi’’.Mereka berkata serentak sambil tersenyum ke arah temannya yang sudah sekian lamanya tidak bertemu.
‘’Ya,aku Aldi.Kenapa terkejut ke?’’Aldi ketawa melihat reaksi mereka yang kelihatan seperti sangat kaget melihat dia disitu.
‘’Terkejut lah.Dah lama kan kita tak jumpa’’.Ben hanya mengangguk setelah mendengar kata-kata Farah.
‘’Memang dah lama sangat.Aku rindu korang.Terutama kat Farah.Kau dah makin cantik sekarang’’.Farah hanya tersipu malu mendengar pujian Aldi tetapi bagi Ben,dia tidak menyenangi perkataan yang keluar dari mulut Aldi.Dia tahu perasaannya pada Farah namun dia masih belum berani untuk mengungkapkannya.Dia bimbang kehadiran Aldi akan membuat hubungannya dengan Farah renggang.Dia juga cemburu terhadap rakannya itu.
‘’Farah,aku belikan air untuk kau eh’’.Ben sengaja mengalih perhatian Farah.
‘’Tak apa Ben,biar aku yang belikan.Kau masih suka jus tembikai ke Farah?’’Aldi juga tidak ingin kalah dengan Ben,dia juga sudah mula jatuh hati dengan keayuan Farah.
‘’A’ah.Tolong belikan ek Aldi.’’Aldi berlalu pergi.Ben sangat kesal dengan apa yang berlaku.Dia sudah dapat menyangka bahawa semua ini pasti akan terjadi.
‘’Kenapa dengan kau Ben?’’Farah dapat melihat reaksi Ben sperti tidak menyenangi kehadiran Aldi.
‘’Tak ada apa lah.Aku biasa macam ni kan’’.
‘’Kau tak suka ke aku baik dengan Aldi?’’
‘’Eh,tu hak kau kan nak baik dengan siapa-siapa pun yang kau suka.Aku tak ada hak nak larang kau’’.Ben berlalu meninggalkan Farah tanpa pamitan.Suara Ben yang meninggi sangat mengejutkan Farah.Dia hairan dengan sikap Ben.Setahu Farah,Aldi juga merupakan teman rapatnya.Tapi kenapa Ben seperti tidak suka akan kehadiran Aldi?.Semenjak kehadiran Aldi,hubungan Ben dan Farah tidak lagi semesra dulu.Masing-masing jarang berjumpa.Namun mereka akui perasaan rindu hadir dalam diri mereka untuk saling bertemu dan mengembalikan hubungan mereka seperti dulu.Aldi meminta untuk bertemu dengan Ben untuk menghuraikan semua kekusutan yang melanda hubungan mereka.Mereka berdua memilih untuk berjumpa di taman supaya tidak diketahui oleh Farah.Pada awalnya Ben tidak mahu untuk berjumpa dengan Aldi kerana malas untuk membahaskan soal itu namun akhirnya Ben terpaksa akur dengan ajakan Aldi terhadapnya.
‘’Ada apa kau nak jumpa aku?’’Ben memulakan bicara.
‘’Kenapa kau dah tak macam dulu Ben?Kau dah macam tak hargai persahabatan kita.Apa yang dah aku lakukan pada kau?Tolong jangan buat semua ni tambah rumit Ben’’.
‘’Aku tak faham apa yang kau cuba sampaikan.Terus-terang jelah’’.Ben cuba berdalih.
‘’Ben,sebenarnya kau ada hati kat Farah kan?Sebab tu kau takut aku rampas dia daripada kau.Tapi,memang betul aku kembali untuk merebut hati Farah.Dari kecil Farah akan selalu lebihkan kau dari aku.Aku akui aku cemburu dengan kau.Jadi sekarang dah tiba masanya kita bagi Farah buat keputusan siapa yang akan dia pilih.Aku hanya nak kita bersaing cara adil’’.
Ben hanya diam mendengar ucapan Aldi.Dia sendiri tidak tahu apa isi hatinya,tapi bagaimanakah Aldi boleh mengetahuinya?.Ben hanya membiarkan Aldi menghabiskan kata-katanya.Sungguh Ben sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa.Mulutnya terasa berat tiba-tiba untuk mempertahankan dirinya.Dia hanya tertunduk bisu.
‘’Ben,aku tahu kau sukakan Farah.Tapi aku tak nak biarkan Farah terlepas macam tu je dari aku.Aku harap kau faham.Walaupun kita dah lama berkawan tapi soal hati dan perasaan,aku tak dapat nak berkompromi.Aku juga yakin Farah akan suka kat aku.Sebab sekarang kami dah makin rapat dan sebentar lagi Farah akan jadi girlfriend aku’’.Aldi ketawa dengan perasaan bangga.Dia sangat yakin dengan kata-katanya.Dia  juga yakin akan mampu mendapatkan hati Farah seperti yang dia inginkan.
‘’Terpulanglah pada kau.Aku tak nak bersaing dengan kau Aldi’’.
‘’Kau takut kau akan kalah?Tapi memang kau akan kalah.Kau takkan pernah dapatkan cinta Farah.Tak lama lagi ada olahraga di sekolah dan seperti biasa Farah akan jadi olahragawati setiap tahun di sekolah kita. Aku nak kita bertaruh.Siapa yang menang akan menjadi kekasih Farah dan yang kalah,harus berundur.Okey?’’Aldi menghulur tangannya kepada Ben sebagai tanda setuju.
‘’Okey.Siapa takut’’.Ben menyambut huluran tangan Aldi dengan perasaan berdebar-debar.Namun sebagai lelaki,dia harus berani untuk menyahut cabaran.Apatah lagi semua itu untuk Farah.Ben melangkah pergi dengan perasaan yang gelisah.Dia memaki dirinya sendiri kerana terlalu bodoh untuk menerima pertaruhan itu.Dia juga takut akan kalah ditangan Aldi.
Farah mengeluh kecil sebaik sahaja dia membukakan matanya.Dia berasa malas untuk ke sekolah kebelakangan ini.Dia sendiri tidak tahu kenapa.Jika dulu,Ben selalu menjemput dan menghantarnya ketika pergi dan pulang,tapi sekarang tugas itu sudah menjadi tugas Aldi.Dia sendiri agak rinas dengan sikap Aldi yang begitu ambil berat terhadapnya.Yang jelas,Aldi tidak seperti Ben.Dia amat merindukan detik-detik bersama Ben sebelum kehadiran Aldi.
‘’Apa?Bertaruh?’’.Farah sangat terkejut mendengar dia dijadikan bahan untuk bertaruh.
‘’Bukan macam tu Farah.Sebenarnya Ben suka kat kau.Tapi aku pun suka kat kau.Jadi kita taruhan.Siapa yang dapat jadi olahragawan nanti akan jadi kekasih kau.Cuma itu je.Janganlah marah’’.Aldi cuba menjelaskan segalanya kepada Farah untuk mengelakkan gadis itu marah.
‘’Aldi,kau tahu kan dari kecil Ben tak pernah bersukan.Dia tak sekuat kau yang dah memang pernah bersukan dari dulu lagi.Ni tak adil untuk Ben’’.
‘’Kau suka kat dia ke Farah?’’
‘’Bukan,tak.Aku Cuma tak nak korang buat semua ni demi aku.Korang dah kawan dari kecil lagi.Aku tak nak kau dan Ben bergaduh’’.
‘’Kami tak gaduh.Kami Cuma bersaing dengan sihat.Dan kau pasti tak nak hampakan salah seorang daripada kami kan?So,dengan cara ni lah kau dapat memilih salah seorang daripada kami’’.
‘’Terserah pada kau’’.Farah berlalu meninggalkan Aldi dengan perasaan geram.Baginya,Aldi Cuma ingin mengambil kesempatan di atas kekurangan Ben.Dia harus berbicara dengan Ben.Dia segera melangkah ke kelas Ben.Tanpa pedulikan sesiapa,dia meluru masuk ke tempat duduk Ben dan menarik lengan Ben keluar dari kelas.Ben terkejut dengan tindakan Farah.
‘’Farah,kenapa dengan kau ni?’’
‘’Ben,aku tak nak kau bertaruh dengan Aldi.Ni semua kerja gila lah Ben.Tolonglah jangan layan sikap gila Aldi tu’’.
‘’Farah,aku buat semua ni sebab aku tak nak diri aku di hina oleh Aldi.Dia sengaja lakukan semua ni untuk mencabar ego aku.Dan kau patut tahu,sebagai lelaki aku memang tak suka di cabar’’.Ben sengaja berbohong kepada Farah tentang alasan dia melakukan semua ini.Dia malu untuk mengakui perasaannya terhadap Farah.Namun bagi Farah pula,dia ingin mendengar sejauh manakah kebenaran kata-kata Aldi tentang perasaan Ben terhadapnya.
‘’Terpulanglah pada kau Ben.Aku Cuma nasihat je.Semuanya ditangan kau.Aku Cuma berharap kau tak kan putus asa.Terus berusaha demi tujuan kau yang sebenar.Aku tetap sokong kau Ben’’.Farah terus berlalu meninggalkan Ben dengan perasaan kecewa.Bukan jawapan itu yang dia ingin dengar daripada mulut Ben tapi kejujuran perasaan Ben terhadapnya.Namun dia akur akan kehendak Ben.Mungkin ini bukan masanya untuk dia meluahkan segalanya.
Seperti yang sudah dijangkakan,Farah memenangi anugerah olahragawati di sekolahnya dan pemenang bagi anugerah olahragawan ialah Aldi.Aldi berasa amat bangga kerana berjaya mengalahkan Ben.Ben kecewa terhadap dirinya kerana dia tidak mampu untuk memperoleh anugerah itu.Namun bagi Farah,dia sudah menduga semua ini akan terjadi.Dia tahu Aldi sengaja memanfaatkan kelebihan yang dia ada untuk mengalahkan Ben.Dia tahu Ben sangat kecewa dengan kekalahannya.Dia  mencari Ben yang dari tadi tidak kelihatan.Seperti selalu,jika Ben kecewa pasti dia akan naik ke atas lonteng bangunan untuk melihat keindahan sekaligus menghilangkan tekanan.Tempat itu hanya Farah dan Ben yang tahu.Farah segera mendapatkan Ben yang kelihatan muram.
‘’Ben,jangan sedih.Kita semua tahu Aldi memang jaguh dalam olahraga.Lagipun dia sengaja memanfaatkan kau’’.
‘’Aku bukan sedih Aldi menang Farah.Tapi aku sedih sebab aku tak boleh buktikan kesungguhan aku’’.Farah tersenyum memandang Ben yang masih kelihatan kacak walaupun sedih.Farah menunjukkan tulisan di bajunya kepada Ben.’The True Fighter Is You’.
‘’The True Fighter ialah kau Ben.Sebab kau tak pernah memanfaatkan kekurangan orang lain untuk kepentingan kau.Aku bangga dengan kau’’.Senyuman Farah mampu menghilangkan segala kesedihan di hati Ben.Akhirnya mereka bersatu meskipun masing-masing belum meluahkan,namun mereka sedar akan perasaan mereka berdua.
TAMAT…
P/S:jln cerita cerpen ini sedikit sebyk telah di ubah daripada cerita asalnya iaitu RATU CINTA KILAT lakonan NIKITA WILLY DAN RICKY HARUN.Cerpen ini ditukar kepada Bahasa Melayu hanya untuk  hiburan semata-mata.hahaha…Sebenarnya cerita yang sebenar lebih bagus dari cerpen ini.

Yang benar,
Norhadiana mohamad