aku melakukan tugasku di pejabat dengan hati yang senang.Aku sendiri tidak tahu kenapa hari ini aku merasa sangat segar dan bertenaga.Sarah memandang ke arahku setelah dia melihat aku senyum-senyum sendiri.
“eris,kenapa ceria ni?”Tanya sarah.
“entahlah sarah.aku rasa bertenaga sangat hari ini.”ujarku sambil tersenyum kepadanya.
“ceh wah.Baru dapat pakwe ke?”soalnya lagi.
“eh mana ada.Tak,aku saja je ceria hari ni.”
“ye lah tu.”dia menepuk bahuku.kami ketawa serentak.
“kenapa suka-suka ni?”tiba-tiba darwish muncul.Entah dari mana datangnya dia.Tiba-tiba sudah ada di depan kami.
“tak de apa encik aiman.Ni ha,eris ni ceria sangat hari ini.”ujar sarah.aku hanya diam melihat ke arah sarah.
“owh..ingat ke apa.Eris,buatkan saya dan encik hafizi kopi.tapi jangan masin macam semalam.”pintanya dengan sindiran.Sarah memandangku.Dia hairan mendengar permintaan lelaki itu.padahal,aku bekerja sebagai akauntan di sini.Bukan sebagai pembuat minuman.
“tapi encik darwish.saya banyak kerja ni.Nak kena siapkan jugak’’.aku mengelak.aku yakin dia ingin mengenakan aku lagi.
“apa salah buat air?tak semestinya kerja akauntan tak boleh buat air pada bos.”sindirnya lagi.Mengalahkan bos lah kau tu!ngomelku dalam hati.dia berlalu meninggalkan aku dan sarah di situ.
“erm,tak pe eris,biar aku tolong buatkan.Nanti dah siap,aku bagi kat kau.Kau hantarlah pada encik aiman.”ujar sarah seolah-olah mengerti perasaan aku ketika ini.sarah melangkah menuju ke pantry.Tidak lama selepas itu,aku mendengar sarah menjerit.Aku berlari mendapatkannya.
“kenapa sarah?”tanyaku dengan nada yang cemas.
“eris,ada lipas dalam almari ni.Banyak pulak tu.”ujar sarah sambil menyorok di belakangku.
“tak pe,biar aku halau.Kau jangan risau.”aku mengambil penyapu untuk menghalau lipas-lipas itu
“ok dah.Kau jangan risau.dah lari dah lipas tu.”
“aku geli sangat dengan lipas.”
“aku tahu.”aku tahu itu adalah rancangan darwish untuk mengenakanku.Kalau sarah tidak ke pantry tadi,pasti aku yang terkena.Kau salah darwish..aku tak geli pada lipas.!
“maaf eris,aku tak sempat nak buat kopi.”
“takpe.Biar aku yang buat.Kau pergilah teruskan kerja kau.”ujarku.Sarah berlalu meninggalkan aku di pantry.
‘kali ni,kau pulak yang kena darwish.’aku bermonolog sendiri.Aku membancuh dua cawan kopi.Satu kopi biasa.dan satu kopi dicampur dengan lipas.Kopi special darwish!hanya untuk kau!aku tersenyum sendiri.Tiba masanya aku kembali mengenakannya.Sayangnya rancangan yang dia atur,tidak mengena sasaran yang tepat.
Setelah siap menyediakan kopi special.aku melangkah menuju ke bilik encik hafizi.aku tahu darwish berada disana.aku mengetuk perlahan pintu bilik itu.
“masuk”.kedengaran suara encik hafizi menyuruhku masuk.
“encik,saya bawakan kopi.”aku menghulurkan kopi itu kepada mereka berdua.Hampir tersembur air dari mulut darwish setelah melihat ada seekor lipas dalam minumannya.Encik hafizi tersentak.
“eh eris,kau nak bunuh aku ke?letak lipas dalam air ni?”tanyanya bengang.
“ah,ada lipas?tapi saya tak letak pun encik aiman.”aku pura-pura tidak tahu.
“kau jangan nak kelentong aku.Kau sengaja kan letak lipas dalam air ni.Air hafizi tak de pulak..’’lantang sekali suaranya.
“eh,sabar-sabar aiman.Apa ni bising-bisinG.Nanti semua pekerja dengar.”akhirnya hafizi bersuara setelah lama mendiamkan diri melihat aku dan darwish.
“dia ni yang buat aku sakit hati.Ada ke letak lipas dalam ni?”marahnya kian memuncak.
“eh darwish.Kau nak salahkan aku sekarang?yang kau letak lipas dalam almari ada aku bengang mcm kau?ada aku marahkan kau?jelas-jelas kau nak kenakan aku kan.letak lipas dalam almari lepas tu suruh aku buatkan kopi untuk korang.Kau ingat aku bodoh ke?”panas hatiku semakin membuak-buak.Apatah lagi bila dia menuduhku sperti dia tidak bersalah.Darwish terdiam.Hafizi semakin hairan dengan kata-kataku.Biar dia tahu!
“eris,darwish.Korang ni dah macam anjing dengan kucing.Korang cuba fikir sikit,masing-masing dah pun dewasa.hal yang lepas jangan diungkit.Ni sampai ke pejabat.cubalah jadi professional sikit.”nasihat hafizi.
“semuanya berpunca dari dia.dah lah,saya mintak diri dulu.”aku berlalu meninggalkan mereka.Sebal hatiku tidak dapat digambarkan.Aku menumbuk meja setelah sampai di bilik ku.
“aiman,sampai sekarang aku belum tahu apa masalah kau dengan eris sebenarnya.Kenapa bergaduh sampai macam ni sekali?ingat aiman.Perkara yang lepas tak usah di kenang lagi.Apa pun masalah yang pernah korang hadapi.baik lupakan..sebab sekarang mahu atau tak,korang bekerja dibawah satu bumbung..Akan selalu jumpa.Aku sebagai kawan dan jugak majikan,taknak hal macam ni berlaku lagi.Kau fahamkan?”hafizi meleteri darwish.
“entahlah fizi.Aku pun tak tahu kenapa aku sampai tak habis-habis nak kenakan dia.”darwish meraup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangan.
Hafizi meninggalkan darwish.Dia ingin membiarkan temannya itu tenang dan memikirkan semua ini dengan fikiran yang baik.Dia menuju kebilikku.
“boleh saya masuk eris.”dia mengetuk pintu sebelum melangkah ke dalam bilikku.
“masuklah encik hafizi.”aku mempelawanya masuk.
“erm,jangan panggil saya encik.Panggil fizi pun dah cukup.Umur kita lebih kurang sama.Segan pulak bila ada encik depan nama saya tu.”pintanya dengan senyuman.Aku mengangguk lemah.
“eris,saya datang sini bukan sebagai bos.Tapi sebagai kawan.Kalau ada apa-apa yang awak ingin berkongsi dengan saya.Silakan.”
“tak ada apa-apa yang hendak saya kongsikan.”aku menjawab ringkas.
“takpelah kalau awak dah cakap macam tu.Tapi kalau nanti awak ada benda nak kongsi,saya akan siap untuk mendengarnya.”ujarnya dengan nada sedikit mendatar.Hafizi memang baik.Berbeza sekali dengan apa orang lain anggarkan.Dia lebih baik dari darwish.Itu yang aku tahu sekarang ini.
“terima kasih encik..errr..fizi…”aku hampir tersasul.
“sama-sama.nanti awak biasa lah tu.saya mintak diri dulu.”aku hanya sekadar mengangguk.Aku ingin meneruskan kerja yang sejak tadi terbengkalai sebaik sahaja hafizi lenyap dari muka pintu.Tapi semua itu hampa.Aku masih belum dapat menumpukan perhatianku pada kerja.Semuanya disebabkan pergaduhan antara aku dan darwish tadi.Kenapa aku harus berjumpanya kembali?Kenapa dia masih belum puas mengenakan aku?adakah semua ini telah menjadi suratan dalam hidupku?atau Cuma sementara?Persoalan yang tidak mungkin mampu untuk aku menjawabnya.Hatiku meronta-ronta inginkan jawapannya..
No comments:
Post a Comment